Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat menangis Adira dan Azhar tersingkir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat menangis Adira dan Azhar tersingkir

Azhar & Adira Tersingkir, Peminat Menangis!

Kehangatan AF Megastar semakin terasa dan penyingkiran dua bintang iaitu Adira Suhaimi dan Azhar Osman pada konsert pertama malam tadi benar-benar mengejutkan.

Malah, ada antara peminat kedua-dua penyanyi itu meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana bintang pujaan mereka disingkirkan terlebih awal.

Lebih menarik, sejurus penyingkiran Adira dan Azhar malam tadi, ada antara peminat yang hadir ke Royal Theatre Shah Alam gagal menahan sebak hingga menangis!

Mengulas mengenai penyingkiran malam tadi, kata Syafinaz kedua-dua bintang itu gagal mencapai piawaian untuk kekal berada dalam AF Megastar.

“Pemarkahan dibuat berdasarkan persembahan mereka dan tidak dinafikan mereka memang penyanyi yang baik.

“Cuma kesilapan mereka kerana gagal memberikan momentum persembahan yang dikehendaki dan silap menginterpretasi lagu yang mereka sendiri pilih,” katanya.

Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku meraih markah 29.3 peratus manakala Azhar yang mempersembahkan lagu Dalam Gerimis hanya mendapat 17.1 peratus dan meletakkan mereka di tempat tercorot.

10 peserta mara ke minggu seterusnya iaitu Bob, Marsha, Idayu, Shahir, Amir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi, Ewal, dan Syamel.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://ift.tt/2gUpEs8

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: Astro Gempak
Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jEpaXZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.