BAM: Morten Frost letak jawatan
Morten Frost letak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Legenda Denmark itu disahkan telah menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 September lalu atas sebab peribadi.
“Morten telah letak jawatan. Kami menerima keputusannya.
“Kami menyelesaikannya dengan cara baik. Kami berterima kasih di atas apa yang telah dilakukannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT).
Kesemua lima ketua jurulatih Misbun Sidek (perseorangan lelaki), Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita) Wong Pei Ty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran) akan melapor terus kepada CNT.
Frost menyertai Malaysia pada 2015 dan kontraknya hanya akan tamat pada 2021.
Namun beliau dilaporkan tertekan susulan prestasi hambar skuad negara tahun ini.
Sumber: MStar
Sumber BAM: Morten Frost letak jawatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hdeXx8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment