Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan semua mangsa banjir penyokong Pakatan, kata Adun DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan semua mangsa banjir penyokong Pakatan, kata Adun DAP

GEORGE TOWN, 18 Sept — Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu perlu dilakukan kerana banjir memberi kesan kepada rakyat dan ia perlu ditangani segera tanpa mengira fahaman politik.

“Kita perlu bekerjasama untuk manfaat rakyat, tidak mahu tuding menuding jari antara satu sama lain. Rakyat yang kena banjir bukan dari Pakatan sahaja.

“Oleh itu kita perlu laksanakan segera projek  Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri berkata pihaknya memohon agar kerajaan persekutuan mempercepatkan projek tebatan berkenaan.

“Sungai pinang adalah satu sungai yang besar di negeri ini yang merentasi terutamanya kawasan bandar DUN (Dewan Undangan Negeri) saya dan Sungai Pinang sudah dikenal pasti sejak tahun 1990-an oleh kerajaan persekutuan yang perlu dilaksanakan Rancangan Tebatan Banjir.

Dikatakan banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini Jumaat lepas adalah disebabkan Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Sebanyak 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.
Sumber :
http://ift.tt/1aoZXzE



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wABXfw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.