Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Kompromi Terhadap Keselamatan Bangunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Kompromi Terhadap Keselamatan Bangunan

KUALA LUMPUR – Semua pemaju dan pemilik bangunan tidak boleh berkrompomi terhadap isu keselamatan bangunan dan mesti menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa, kata Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata isu keselamatan perlu diberi perhatian sepenuhnya dan tidak hanya tertumpu kepada pusat tahfiz malah semua bangunan termasuk premis perniagaan, pusat asuhan dan rumah kebajikan.

“Negara kita ada undang-undang dan ia perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk menjamin keselamatan penghuni, dilaksana tanpa kompromi.

“Isu keselamatan bangunan amat mustahak. Pemantauan harus dibuat secara berterusan,” katanya selepas merasmikan sidang kemuncak kepimpinan antarabangsa The Institution of Electrical and Electronic Engineers (IEEE) Women in Engineering (WIE) 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas susulan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini pada Khamis lepas yang mengorbankan 23 nyawa.

Shahrizat berkata, faktor keselamatan itu merangkumi semua aspek termasuk struktur bangunan dan ciri-ciri keselamatan mencegah kebakaran.

Mengenai majlis itu, beliau berkata negara memerlukan lebih ramai golongan wanita di dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kerana Malaysia semakin bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.

Katanya bakat golongan wanita perlu dicungkil dan diserlahkan agar dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kita perlukan lebih ramai contoh wanita berjaya yang dapat menunjukkan bahawa bidang kejuruteraan mempunyai prospek kerjaya yang menarik dan cerah dan ia bukan kerja untuk lelaki sahaja,” katanya dan menambah adalah amat penting untuk majikan menyediakan tempat bekerja yang lebih mesra keluarga.

Sidang kemuncak dua hari bermula hari ini itu menghimpunkan golongan wanita profesional di dalam bidang teknologi daripada pelbagai industri serta ahli akademik bagi membincangkan pembangunan wanita di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. – Bernama

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f4RRsa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.