'Saya minta maaf, saya terlupa nak pakai baju lebih elok'
Viral di media sosial, video live pelakon baharu, Natasha Elyzza yang bergelek bersama rakannya yang kelihatan seperti seorang pelakon wanita yang dikenali, mencetus pelbagai reaksi netizen.
Susulan viral gelek yang menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya itu, ramai netizen yang mengecam Natasha dan nama Fathia Latif juga turut terpalit sama.
Bagaimanapun, Natasha tampil meminta maaf dan menegaskan bahawa rakannya itu bukanlah Fathia Latiff seperti yang didakwa netizen.
"I'm sorry for what I did. It was stupid and I learn from my mistake. Tasha mengaku Tasha dah conteng arang dekat muka ramai orang. Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi still, silap Tasha buka Bigo tu.
"Tasha minta maaf sangat-sangat. Tasha tahu ramai orang marah Tasha, tapi sejujurnya Tasha harap orang semua dapat maafkan Tasha dan bagi peluang untuk Tasha baiki diri Tasha," tulisnya di Instagram.
Dalam laporan Astro Gempak, Natasha menjelaskan video itu dirakam di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.
"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.
"Saya akui itu salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu.
"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya dan wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan saya," katanya.
Sementara itu, Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, menerusi video live di Instagramnya malam tadi berulang kali menyebut, "Don't fitnah me".
Lapor mStar Online, dalam video live 1 minit 44 saat itu, Fathia berkata dia masih belajar mengenai Islam termasuklah untuk mengenal Tuhan. Dia juga cuba bersikap jujur dengan peminatnya dan merayu agar tidak terus difitnah.
"I'm still learning about Islam, I'm still learning about god and I am being honest to you guys and don't fitnah me. It's not right to fitnah me.
"Saya still learning and I hope you guys understand. I hope you guys pray for me and don't fitnah me," katanya.
Sumber 'Saya minta maaf, saya terlupa nak pakai baju lebih elok'
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wB0ReP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment