Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nama Jimmy Jejai raih perhatian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nama Jimmy Jejai raih perhatian

JIKA sebelum ini Cikgu Aishah yang juga finalis Dewi REMAJA 2014/15 menjadi sebutan netizen, baru-baru ini seorang lagi guru praktikal di sebuah sekolah di Parit Buntar, Perak yang dikenali sebagai Cikgu Jimmy turut menjadi sensasi di jaluran media sosial.

Guru subjek Pendidikan Jasmani itu tular kerana memiliki fizikal tegap dan nyata mencuri perhatian ramai. Malah, jejaka yang menggunakan akaun Instagram @jimmyjejai ada memuat naik gambarnya  yang tampil ‘sado’ di aplikasi berkenaan.

Jika sekali imbas, pasti ramai yang menyangka Jimmy atau nama sebenarnya, Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar adalah model atau pelatih kecergasan atas tiket fizikal yang dimilikinya.

Bagaimanapun, pandangan itu nyata meleset apabila pemuda berusia 23 tahun yang mulai viral itu sebenarnya kini sedang mengikuti kursus amali sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah selama empat bulan, bermula Mei lalu.

Kerap terima hadiah

Ditanya sejauh mana penerimaan anak ketiga daripada empat beradik ini berdepan dengan situasi sekarang, Jimmy nyata positif, memandangkan akses terhadap perkembangan media sosial kini sangat pantas dan tidak boleh disekat.

Walaupun pada peringkat awal, Jimmy mengakui kurang selesa dan tidak layak menerima perhatian kerana berlaku secara tiba-tiba selain tiada perkara yang mahu dikongsi.

“Lagi pula, saya bukanlah siapa-siapa, tiada kelebihan. Apa pun, saya hargai dan positif terhadap apa yang berlaku. Mujurlah, setakat ini, saya tidak terima sebarang komen atau gangguan yang pelik-pelik,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

Berkongsi mengenai dirinya yang dikatakan sering menerima hadiah khasnya daripada pelajar, Jimmy tidak menafikan perkara tersebut.

“Saya hargai setiap pemberian mereka. Ada yang beri saya gambar yang siap dibingkaikan, baju, coklat dan sebagainya. Saya terima dengan hati terbuka. Malah ada ketikanya pelajar mahu bergambar dan berswafoto bersama,” Akui Jimmy.

Tambahnya, sejak gambarnya tular di media sosial, aplikasi Instagramnya juga bertambah lebih 2,000 pengikut setakat ini.

Dapat tawaran modeling,berlakon

Menyifatkan apa yang berlaku turut memberi rezeki, Jimmy yang sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek modeling kembali mendapat tawaran untuk peragaan dan berlakon.

“Cuma buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kursus amali yang akan berakhir tidak lama lagi. Jika selepas ini tawaran yang diberikan kena pada waktunya, Insya-ALLAH saya boleh cuba,” jelas Jimmy yang turut mengakui, perkongsiannya di dalam sebuah blog lebih dua minggu lalu menjadi permulaan bagaimana dia mula menjadi buah mulut ramai.

Kata Jimmy, kebanyakan tawaran yang diterima juga memerlukannya ke Kuala Lumpur, jadi ia sedikit sebanyak menyukarkan anak kelahiran Muar, Johor ini untuk menerima pelawaan tersebut, memandangkan komitmen terhadap bidang perguruan di Perak menjadi keutamaan ketika ini.



Sumber Nama Jimmy Jejai raih perhatian

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbjuYP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.