Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maaf…Saya Janji Tak Buat Lagi - Saiful@Usop Mentor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maaf…Saya Janji Tak Buat Lagi - Saiful@Usop Mentor

Naib juara Mentor Milenia 2017, Usop terkejut apabila dia sekali lagi didakwa bersikap ‘diva’ gara-gara sukar memberikan kerjasama kepada pihak media yang ingin berurusan dengannya.


Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 20, berkata, dia berasa pelik dengan tuduhan terbaharu itu kerana kali terakhir dia bertemu dengan media pada Julai lalu dan sejak itu dia sibuk dengan undangan persembahan terutamanya di negeri sebelah utara.

“Saya terkejut dengan dakwaan itu kerana kali terakhir saya berjumpa dengan pihak media pun pada Julai lalu.

“Tapi ketika itu tiada masalah yang berlaku malah dan selepas itu tiada pula wartawan menghubungi saya untuk sebarang urusan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, bekas protoge penyanyi Hazama ini bagaimanapun memohon maaf jika ada melakukan kesalahan secara tidak sengaja atau di luar kawalannya.


“Saya masih baru dalam industri dan juga manusia biasa, mungkin saya ada terlepas pandang atau terlepas cakap.

“Kalau ada salah, saya minta maaf sangat. Tapi jujurnya, saya bukanlah seperti yang dikatakan itu,” ujarnya.

Kata Usop lagi, sebelum ini dia mengaku pernah melakukan kesalahan pada pihak media pada awal kemunculannya dalam industri dan ia pengajaran besar dan peringatan kepadanya.

“Sebelum ini memang saya mengaku ada buat salah dan sudah meminta maaf kepada semua.

“Benda yang lepas pun sudah menjadi satu pengajaran buat saya, Insya-Allah saya janji tak mengulangi lagi,” katanya.


Nama Usop sebelum ini menjadi panas apabila dia dikatakan enggan berkongsi nombor telefonnya dengan rakan wartawan meskipun permintaan itu dibuat atas dasar kerja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y98NVM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.