Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKM Syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKM Syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menjaga hal ehwal kebajikan profesional kesihatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, perkara berkenaan pernah dibincangkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan pengamal perubatan daripada tangga gaji penjawat awam dan mewujudkan satu suruhanjaya seperti pasukan polis dan tentera tetapi tidak mendapat sokongan dan kelulusan daripada kerajaan.

Beliau berkata dengan adanya badan itu, ia akan mempunyai skim perjawatan tersendiri serta berupaya menambah baik gaji anggota skim perkhidmatan kesihatan termasuk doktor berbanding kini yang mana perjawatan mereka tertakluk di bawah JPA.

“Kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa bagi memastikan skim perjawatan warga kementerian terbela sejajar menjamin kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, agar skim dan struktur gaji profesional kesihatan disemak semula bagi mengelak masalah kehilangan tenaga mahir ke luar negara.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi Malaysia Diagnosis Related Groups (MalaysianDRG) Versi Kedua di Institut Kanser Negara di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata kementerian berharap semakan itu dapat dilaksanakan berikutan saranan Ahmad Zahid itu.

Mengenai MalaysianDRG, Dr Subramaniam berkata ia adalah aplikasi pangkalan data yang merangkumi maklumat pengurusan kesihatan termasuk aspek kos rawatan dibangunkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan melalui Sistem Casemix bagi membolehkan pihaknya melakukan penambahbaikan dan menyemak kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Setiap tahun, rakyat Malaysia terus mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki dan disubsidi oleh kerajaan. Namun, kementerian perlu membangunkan kaedah untuk mengira kos sebenar perkhidmatan yang diberikan bagi menambahbaik tadbir urus klinikal selaras dengan program transformasi kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBFCIy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.