Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyanyi muda harus ada 'target' untuk kekal relevan - Khatijah Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyanyi muda harus ada 'target' untuk kekal relevan - Khatijah Ibrahim

PENYANYI Datuk Khatijah Ibrahim mengakui kagum dengan populariti dan kejayaan yang diperolehi oleh penyanyi muda dalam bidang nyanyian.

Menurut Khatijah, sebagai orang yang berpengalaman dalam industri, dia menasihati penyanyi muda agar mempunyai target untuk kekal relevan dalam bidang yang diceburi.

"Saya rasa gembira kerana industri muzik tanah air kini mempunyai ramai anak muda yang berbakat dan popular.

"Ini merupakan sesuatu yang membanggakan namun apa yang penting adalah bagaimana mereka hendak kekalkan nama dalam industri.

"Nasihat saya untuk penyanyi muda sekarang adalah mereka harus pastikan apa yang dilakukan perlu ada target kerana itu mementukan hala tuju yang ingin dicapai.

"Bila dah ada tujuan, sudah pasti ia akan mendorong kita untuk lakukan yang terbaik dalam kerjaya seni," katanya kepada Astro Gempak.

Khatijah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pembukaan  Warung Tok Kat di Cheras Sentral, baru-baru ini.

Menurut Khatijah, Warung Tok Kat merupakan premis terbaharunya yang menawarkan sajian Melayu dengan harga sederhana.

"Warung ini untuk pelanggan yang mahukan restoran santai kerana ia sesuai dengan harganya yang sederhana kepada pelanggan.

"Kami juga turut membuka tiga kedai lain di Cheras Sentral seperti Kerinting Rambut Tok Kat, Kuih Muih Tok Kat dan Ais Krim Tok Kat," ujarnya.

Antara juadah disediakan di Warung Tok Kat ialah laksa Johor, tauhu telur, lontong, roti jala dan nasi lemak. Tidak ketinggalan, juadah Cina seperti yong tau fu dan dim sum.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Sumber Penyanyi muda harus ada 'target' untuk kekal relevan - Khatijah Ibrahim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jE2w1R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.