Hi! Welcome Back and Stay Tune! DBKL tolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DBKL tolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017'

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dijangka diadakan pada 6-7 Okt ini.

DBKL dalam kenyataannya berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.

"Bagaimanapun DBKL telah membuat keputusan untuk menolak permohonan penganjuran aktiviti tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada akan diambil," kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.

-- BERNAMA



Sumber DBKL tolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fuGQ3P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.