‘Al-Fatihah pun tak reti baca?’
KITA sering melihat di media sosial mengenai viral keluhan majikan yang sukar mencari pekerja kerana sikap generasi muda sekarang yang terlalu acuh tidak acuh berkenaan prosedur temuduga yang dijalankan.
Ada antara viral ini jelas menunjukkan anak-anak muda ini terutama lepasan universiti belum apa-apa lagi sudah meminta macam-macam, mahu gaji lumayan, mahu cuti pada tarikh sekian-sekian walaupun kemampuan mereka di dalam pasaran masih belum terbukti.
Mungkin ia berlaku kerana anak-anak muda ini menganggap diri mereka hebat. Ya, mereka memang hebat, tiada siapa mempertikaikannya, namun setiap dari kita perlu meletakkan ego pada tempat yang sepatutnya. Bak kata orang, biar ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan mendongak tapi sebenarnya tin kosong!
Ada juga yang berkata, pada zaman teknologi kini, anak-anak muda terutamanya perlu berani dan bersuara lantang serta mengaut setiap peluang yang dihidangkan. Ya, ia digalakkan dan perlu diterapkan, namun kelantangan itu biarlah berfakta dan jangan sesekali lantang bersuara tidak bertempat sehingga dilihat agak biadab.
SEORANG kakitangan sumber manusia di sebuah kilang di Shah Alam mempunyai satu kisah yang begitu mengejutkan.
Mengapa dikatakan mengejutkan? Fuad Azhar, 32, ada ceritanya selepas berdepan dengan ratusan calon yang memohon jawatan sebagai operator kilang.
Menurut Fuad, ketika melakukan temuduga, soalan yang ditanyakan cukup mudah iaitu membaca surah Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, hanya dua soalan itu diutamakan memandangkan calon yang menghadiri temuduga hanya mempunyai kelulusan Peperiksaan Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan tidak pernah bersekolah.
“Saya tahu di mana kemampuan mereka dan mereka mahu bekerja. Jadi soalan saya hanya mahu mereka mengucap dan membaca surah Al-Fatihah.
“Mengucap senang bagi mereka. Bagaimanapun, ada yang tidak pandai untuk membaca Al-Fatihah. Ada juga yang tidak tahu nama surah itu tetapi bila kata surah bacaan dalam sembahyang dan dibantu permulaan ayat, mereka boleh membacanya,” katanya.
Ceritanya, pada awal mengendalikan sesi temuduga itu, seorang pekerja senior menceritakan apa yang bakal dilalui namun Fuad kurang percaya kerana dua soalan itu sudah tentu mampu dijawab oleh calon.
“Tidak disangka saya berdepan dengan situasi yang diceritakan oleh pekerja senior itu. Awal-awal memang terkejut dan berfikir mengapa situasi itu terjadi terhadap anak-anak muda.
“Apabila berdepan dengan situasi sama, perkara itu sudah menjadi biasa dan saya menasihatkan mereka supaya hadir semula dengan menghafal surah berkenaan,” katanya.
Fuad berkata, situasi yang berlaku itu sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap dirinya betapa golongan muda hari ini ada yang terabai berkaitan soal agama.
“Bagaimana mereka mahu menjadi ketua keluarga sedangkan surah Al-Fatihah yang lazimnya dibaca 17 kali sehari pun tidak tahu baca,” katanya.
Kredit :
– http://ift.tt/1bq4zcn
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woLWsT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment