Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awak sembur rumah saya, saya saman awak! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awak sembur rumah saya, saya saman awak!

aktiviti fogging jabatan kesihatan

Kegiatan penyemburan "fogging" adalah langkah yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Malaysia di kawasan-kawasan "panas" yang dilaporkan mempunyai banyak laporan penyakit demam denggi. Ianya bukan dibuat suka-suka sebaliknya merupakan antara cara yang efektif untuk membunuh nyamuk dalam sesuatu kawasan taman perumahan.

Malangnya ada segelintir penduduk di Malaysia yang tidak faham akan perkara ini. Mereka berasa rimas akan kepulan-kepulan asap yang akan masuk ke rumah mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik rumah ketika aktiviti semburan asap ini dilakukan adalah membuka seluas-luasnya pintu dan tingkap di rumah agar asap daripada kegiatan fogging ini dapat masuk ke dalam rumah dan membunuh nyamuk-nyamuk yang terdapat dalam rumah.

Paling menyedihkan, ada penduduk yang mengugut pekerja yang melakukan fogging ini sekiranya mereka tetap menyembur asap ke kediaman mereka. Tahukah anda perlakuan tersebut boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada?

Berikut adalah kisah seorang staf Pejabat Kesihatan Daerah yang menceritakan pengalaman beliau diugut oleh penduduk setempat agar tidak menyembur asap 'fogging' di rumah mereka.

kegiatan fogging nyamuk aedes

"Awak sembur rumah saya, saya saman awak!"

Pemilik rumah di dalam gambar telah menghalang saya dan anggota saya dari menjalankan aktiviti fogging di luar kawasan rumah beliau.

Dakwa beliau, semburan yang kami lakukan sebelum ini telah menyebabkan tanaman beliau mati. Beliau juga tidak mahu sedikit asap pun mengenai tanaman beliau.

Semburan yang pihak kami lakukan pada petang ini adalah jenis asap (oil base) dan sememangnya kami tidak berdaya untuk menahan angin daripada menyebarkan semburan asap tersebut ke merata tempat walaupun pihak kami menutup nozle dalam jarak 50 meter dari rumah beliau.

Walaupun diberikan penerangan, lelaki tersebut tetap berkeras untuk menyaman pihak kami dan tidak membenarkan anggota saya melintasi kawasan rumah beliau.

Seperti yang anda semua lihat, tanaman beliau berada di kaki lima dan juga rezab jalan yang mana tanah tersebut adalah hak milik Pihak Berkuasa Tempatan.

Membina binaan kekal dan juga meletakkan halangan di hadapan rumah seperti di dalam gambar adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Perumahan, akta jalan, parit dan juga bangunan:

Seksyen 46(1) (a) AJPB 1974 (Akta133).

Binaan ini boleh diambil tindakan oleh Pihak Majlis Perbandaran dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal merangkumi denda dan juga tindakan merobohkan semua binaan terbabit.

Pihak KKM juga berkuasa untuk memusnahkan semua tanaman ini mengikut APSPP 1975 yang mana boleh di klasifikasikan sebagai tanaman yang boleh membiak serta memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.

Jika mahu, saya juga boleh mensabitkan tuan rumah dengan undang-undang jenayah iaitu:

1. Seksyen 186, Kanun Keseksaan (penjara 2 tahun, denda RM10000 atau kedua-duanya sekali) - MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM

2. Seksyen 14 (Akta 326) (penjara 7 hari, denda RM100) - MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK SOPAN

3. Seksyen 506 kanun keseksaan (penjara sehingga 7 tahun atau denda RM10000) - UGUTAN JENAYAH

Diharapkan kita semua tidak mementingkan diri sendiri kerana buruk kesannya kepada orang lain khususnya masyarakat setempat.

Fogging yang pihak kami lakukan ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa dan kami sebolehnya mahu seluruh premis dalam radius 200 meter dari rumah kes di buat semburan lengkap di dalam dan juga diluar premis.

Jangan hanya kerana anda, semburan lengkap tidak dapat dilakukan dan ada nyawa yang akan terkoban.

Tanpa mengambil kira ugutan tersebut, semburan tetap di lakukan di luar kawasan rumah beliau. Fogging tamat sepenuhnya tanpa ada sebarang perkara tidak diingini berlaku.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y9c4oL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.