Hi! Welcome Back and Stay Tune! ECB Harus Berhati-Hati Keluar Daripada Polisi Luar-Biasa Ini – Schaeuble - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ECB Harus Berhati-Hati Keluar Daripada Polisi Luar-Biasa Ini – Schaeuble

Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata pada Jumaat bahawa Europaen Central Bank (ECB) perlu lebih berhati-hati dalam mengakhiri polisi monetari pelonggaran bagi mengelakkan reaksi panik pasaran kewangan.

ECB setakat ini telah membeli 2 trillion bon sejak 2015 dan bank pusat ini dijangka akan mengumumkan bulan hadapan untuk memperlahankan pembelian aset semasa yang berjumlah 60 billion euro sebulan. Ura-ura untuk mengurangkan jumlah pembelian ini berikutan pertumbuhan ekonomi yang semakin pantas dan tren inflasi yang stabil.

“Untuk keluar daripada polisi monetari luar-biasa ini perlu dengan pendekatan yang berhati-hati supaya pasaran kewangan tidak memberi reaksi yang panik,” kata Schaeuble dalam temubual hari ini.

“Oleh sebab itu, ia perlu disampaikan dengan baik dan teliti. Bank pusat boleh melakukannya lebih baik daripada ahli politik,” kata Schaeuble.

Mengulas tentang mesyuarat ECB pada Oktober, Schaeuble berkata: “Kita perlu yakin ECB akan menunaikan tanggungjawabnya.”

Beliau berkata ekonomi Zon Eropah jauh lebih baik daripada apa yang dijangka oleh ramai pemerhati beberapa tahun lalu.

“Semua negara termasuk Greece telah berkembang. Ketidaksamaan dalam persaingan dan kekompetitifan semakin berkurangan,” tambah beliau.

“Polisi monetari luar biasa dengan kadar faedah rendah dan pembelian bon adalah perlu untuk mengatasi krisis ekonomi.”

The post ECB Harus Berhati-Hati Keluar Daripada Polisi Luar-Biasa Ini – Schaeuble appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h5DcNP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.