Hujan lebat di Kedah diramal berterusan hingga November
Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga dengan ribut petir dan angin kencang yang biasanya akan melanda waktu petang.
ALOR SETAR: Kedah dijangka menerima hujan lebat berterusan sehingga November ini, kata Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria @ Che Kob.
Keadaan itu disebabkan musim peralihan angin monsun yang biasanya bermula pada September.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dengan ribut petir dan angin kencang yang biasanya akan melanda waktu petang.
“Orang ramai perlu kenal tanda-tanda ribut akan melanda seperti angin, kilat dan guruh serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut mengingatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah agar lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa kerana berisiko dilanda banjir kilat.
Pada 7 September lepas, angin kuat menyebabkan lebih 50 buah rumah di daerah ini rosak teruk, manakala 3 kenderaan dihempap pokok tumbang.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa jalan di Alor Setar sesak, terutamanya di plaza tol Alor Setar Utara apabila beberapa pokok tumbang menghalang jalan utama. FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jsBiey
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment