Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu pusat tahfiz: Keikhlasan sahaja tidak mencukupi - Mufti Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu pusat tahfiz: Keikhlasan sahaja tidak mencukupi - Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Membuka dan menguruskan pusat tahfiz memerlukan keikhlasan tetapi keikhlasan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia harus disertai dengan kemampuan mereka untuk mematuhi syarat yang disediakan kerajaan.

Jelas Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mengakui isu ini sering dilatari dengan sentimen agama, begitupun beliau bertegas isu ini tidak selesai dengan sekadar bertawakal.

"Nabi (Muhammad s.a.w) tak benarkan (hanya) tawakal. Kita kena tambat dahulu unta, baru kita bertawakal kepada Allah, dan bukannya kita lepaskan begitu sahaja," tegasnya semasa ditemu ramah Astro AWANI pada Khamis.

"Kita tahu mahaad tahfiz di mana-mana sahaja tidak memenuhi syarat-syarat sepenuhnya, tetapi oleh kerana sentimen agama, pihak berkuasa pun takut (untuk ambil tindakan) kerana dianggap menghalang.

"Jadi kita rasa tak apalah mereka nak belajar. Akhirnya kita mengorbankan perkara yang lebih besar apabila berlaku peristiwa seperti ini," kata Mohd Asri.

Mohd Asri berkata nyawa anak-anak tahfiz ini lebih bernilai dan sekiranya mereka masih hidup tentu banyak sumbangan yang boleh mereka berikan.

"Soal reda dengan Allah satu hal, tetapi soal kecuaian dan penipuan mana-mana pihak yang bertangungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya lagi.

Dengan nada kecewa, Mohd Asri turut mendedahkan ada sebahagian pengusaha yang mempergunakan maahad tahfiz untuk mengaut kewangan.

"Dia boleh mendapatkan kutipan derma daripada orang Islam kerana banyak orang akan menderma dan derma itu juga tidak ada pihak yang akan mengauditnya dan kita pun tidak tahu bagaimana ia akan dibelanjakan.

"Jadi kadang kala kita tengok pengusaha maahad tahfiz begitu mewah tetapi sekolahnya begitu daif sedangkan derma orang ramai mencurah-curah," tambahnya.



Sumber Isu pusat tahfiz: Keikhlasan sahaja tidak mencukupi - Mufti Perlis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xBVAZh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.