K’jaan Lulus RM25j Kembalikan Kuota Asal Benih Padi
ALOR SETAR – Rungutan petani mengenai kekurangan benih padi sah bersubsidi bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani bagi mengembalikan semula kuota pengagihan benih padi itu kepada 80,000 tan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz berkata, peruntukan itu sekali gus membolehkan petani mendapat bekalan benih padi mengikut harga asal bagi setiap satu beg benih padi seberat 20 kilogram iaitu RM32 berbanding RM48 yang dibeli sebelum ini.
“Sebelum ini kuota asal benih padi di seluruh negara memang berjumlah 80,000 tan…bagaimanapun kerajaan dalam program rasionalisasi (dalam Bajet 2017) mengurangkannya menjadi 48,000 tan…jadi ia menimbulkan isu kepada para petani,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini hari ini.
Baru-baru ini petani di daerah Kerian, Perak mendakwa benih padi sah bersubsidi tidak mencukupi menyebabkan petani terpaksa membeli benih padi sendiri. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wotSz6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment