Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelik! Di Iran Pasangan Gay Boleh Kahwin Jika Salah Satu Tukar Jantina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelik! Di Iran Pasangan Gay Boleh Kahwin Jika Salah Satu Tukar Jantina

Iran atau nama lamanya Parsi merupakan sebuah negara republik bersempadan dengan Iraq di timur dan bersempadan dengan Turkmenistan, Afghanistan dan Pakistan di sebelah barat. Penduduk Iran berjumlah 80 juta orang yang kebanyakannya menganut Syiah.

Sejak Revolusi Iran, negara ini menukar sistem sekular acuan Barat kepada system pemerintahan dan undang-undang Islam. TAPI bagi Sunnah wal Jamaah, amalan Syiah di Iran bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Salah satu percanggahan tersebut berkaitan dengan budaya LGBT dan penukaran jantina. Di Iran perbuatan homoseksual hukumannya adalah bunuh! Tapi yang peliknya pembedahan menukar jantina sama ada dari lelaki kepada wanita atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang mereka.

Di Iran walaupun kerajaan tidak memaksa penukaran jantina terhadap LGBT, tapi mereka mengeluarkan fatwa kebenaran menukar jantina. Sebab itu ramai pengamal homoseks dinasihatkan oleh doktor supaya menukar jantina menjadi wanita.

Fatwa ini dikeluarkan pada awal tahun 1980an apabila Ayatollah Khomeini mendengar keluhan seorang mak nyah kononnya dia terperangkap dalam tubuh seorang lelaki. Selepas itu kerajaan Iran pun membenarkan penukaran jantina.

Soheil seorang pemuda gay berusia 21 tahun pernah dipaksa oleh keluarganya untuk menukar jantina.

“Ayah bersama dua orang saudara melawat saya di Tehran. Mereka telah berbincang dan memutuskan untuk melakukan sesuatu terhadap saya,” ujarnya.

“Mereka memberitahu saya: Awak perlu menukar jantina, jika tidak awak terpaksa kami bunuh dan tidak membenarkan awak hidup dalam keluarga ini,” jelasnya lagi.

Kemudian dia dibawa pulang ke rumah di Bandar Abbas untuk menunggu pembedahan menukar jantina. Sehari sebelum operasi, dia melarikan diri ke Turkey.

“Jika saya lapor kepada polis dan beritahu mereka saya gay, nyawa saya pasti dalam bahaya,” ujar Soheil.

Iran negara aliran Syiah ini ini memang pelik. Tidak ada kompromi bagi pesalah LGBT. TAPI ironiknya pada masa yang sama mereka boleh pula mengeluarkan fatwa membenarkan penukaran jantina lelaki atau perempuan.

Jadi fatwa ini signifikannya seperti ini; sepasang gay akan dihukum bunuh jika tertangkap ‘khalwat.’ TAPI jika tidak tertangkap dan ingin hubungan mereka diiktiraf, salah seorang harus menukar jantina. Selepas itu mereka boleh berkahwin sama seperti suami isteri normal yang lain.

Artikel ini diolah semula dari sumber: BBC

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xBNMXE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.