Polis Sah Cubaan Rakyat Malaysia Sertai Daesh
MELAKA – Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk “berjihad” di Rakhine, Myanmar susulan penindasan ke atas masyarakat minoriti Islam Rohingya yang dihebahkan kumpulan militan Daesh.
Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorisme Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata isu berkenaan dilihat menjadi senjata utama kumpulan berkenaan untuk mempengaruhi orang ramai dan seterusnya merekrut ahli baharu untuk kegiatan keganasan.
Beliau berkata penularan atau perkongsian gambar rakyat Rohingya yang ditindas di wilayah berkenaan secara meluas di media sosial turut membantu kumpulan berkenaan untuk menarik simpati dan penyertaan ahli baharu.
“Konflik di Rakhine masih baharu dan kita sedang mengumpul maklumat mengenainya. Bukan semuanya yang berlaku di
sana kita tahu tetapi mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan lagi ada usaha itu.
“Lagipun kita memang ada maklumat risikan berhubung kemungkinan rakyat Indonesia yang terlibat dalam aktiviti militan di negara mereka merancang untuk ke sana (Rakhine),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kesedaran Ancaman Isis Terhadap Golongan Belia pada Ahad. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w279Vm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment