Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabda Rasulullah S.A.W Tentang Luruskan Dan Rapatkan Saf Ketika Solat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabda Rasulullah S.A.W Tentang Luruskan Dan Rapatkan Saf Ketika Solat

Image result for Sabda Rasulullah S.A.W Tentang Luruskan Dan Rapatkan Saf Ketika Solat


"Susah sangat ke nak rapatkan saf ketika solat berjemaah?"
Pastinya persoalan ini selalu berlegar-legar di minda ketika bersedia untuk menunaikan solat secara berjemaah dan ternampak saf tepi dan depan anda renggang. Apatah lagi ketika bulan Ramadhan ini dimana solat Tarawih menjadi keutamaan umat Islam selepas solat Isyak, pastinya anda kerap kali berhadapan dengan situasi ini.
Rasa hati macam nak tegur orang sebelah dan depan sebab masih ada ruang di antara jemaah dan juga orang belakang boleh mara ke depan. Tapi masalahnya, anda tak kenal orang sebelah. Kalau tegur, dia ingat kita nak tunjuk pandai. Nak tegur minta rapatkan saf tapi di sebelah anda orang yang lebih tua, dalam fikiran anda mestilah dia lebih tahu, dan jika ditegur, silap-silap kena marah.
Lebih teruk lagi, ada yang terus terputus saf dengan membiarkan saf terlopong tanpa dipenuhi.
Apa yang perlu anda buat? Apakah hukum meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah? Apakah manfaat merapatkan saf?
Menurut majoriti atau jumhur ulama, meluruskan dan merapatkan saf itu adalah sunnah, manakala Imam Bukhari, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Hazm dan Asy Syaukani berpendapat bahawa ianya adalah wajib.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W mengenai lurus dan rapatkan saf

fg 0046
Ulama-ulama yang mewajibkan meluruskan saf ini menggunakan dalil berdasarkan riwayat oleh An Nu'Man bin Basyir radhiyallahu 'anhuma, bahasa Rasulullah S.A.W bersabda :
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
“Hendaknya kamu meluruskan saf kamu atau tidak Allah akan membuat wajah kamu berselisih.” (HR. Bukhari no. 717 dan Muslim no. 436).
Sabda lain dari Rasulullah S.A.W mengenai luruskan dan rapatkan saf seperti berikut :
1. Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda:
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
“Luruskanlah saf kerana lurusnya saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat.” (HR. Bukhari no. 723 dan Muslim no. 433).
2. Dari Abu Mas’ud al Badri, beliau berkata:
Dahulu Rasulullah S.A.W biasa mengusap bahu-bahu kami, ketika ingin memulakan solat, lalu baginda bersabda: “Luruskan safmu dan janganlah kamu putus dalam saf; kerana hal itu akan membuatkan hati kamu juga akan saling berselisih”. (Shahih: Muslim no. 432).
3. Dari Anas bin Malik,
عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّى أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِى » . وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ
“Dari Anas, dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda, ”Luruskanlah saf kalian, aku melihat kalian dari belakang punggungku.” Lantas salah seorang di antara kami mendekatkan bahunya pada bahu rakannya, lalu kakinya pada kaki rakannya.” (HR. Bukhari no. 725).
shalat tarawih
Imam Nawawi RA berkata, "Tidak lurusnya saf akan menimbulkan permusuhan dan kebencian, serta membuat hati kalian berselisih," (Syarh Muslim, 4: 157)

Hukum meluruskan dan merapatkan saf

bpxrm7ycyaaw71g
Jika kita teliti akan sabda-sabda daripada Rasulullah S.A.W, ternyata baginda kerap kali menegur dan menasihati agar saf-saf diluruskan dan dirapatkan. Para ulama pula menjelaskan bahawa ianya adalah wajib, yang mana wajibnya perkara ini difahami dengan adanya perintah Rasulullah S.A.W dan juga teguran baginda terhadap mereka yang mengabaikannya. Jika ia tidak wajib dan hanya mustahab yakni hanya sunnah dan dianjurkan sahaja, suah tentulah Rasulullah S.A.W tidak akan memerintahkan serta menegur berkenaannya.
Para ulama menjelaskan lagi, sesuatu itu hukumnya sunnah yang mana jika dikerjakan itu adalah afdal dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Maka jika sesuatu itu diperintahkan oleh baginda diiringi dengan teguran kepada orang yang mengabaikannya, maka ia menunjukkan hukumnya adalah wajib. Selain itu, segala perintah Rasulullah S.A.W itu hukumnya adalah wajib kecuali jika terdapat dalil yang menunjukkan bolehnya tidak meluruskan dan merapatkan saf itu adalah wajib, makan hukumnya adalah sunnah.
Jadi, adalah lebih baik jika kita mengikut apa yang diperintahkan ditegur oleh Rasulullah S.A.W.

Hikmah merapatkan saf

  1. Dengan merapatkan saf, anda akan berada lebih dekat dan rapat dengan jemaah sebelah. Jika anda tidak mengenalinya, ia dapat merapatkan silaturrahim anda dan jemaah sebelah.
  2. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat
  3. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam
  4. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat
  5. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf

Cara untuk menegur

betulkan saf
Biasanya Imam akan terlebih dahulu mengingatkan makmum supaya luruskan dan rapatkan saf sebelum mula solat, namun tanggungjawab kita sebagai individu untuk saling ingat-mengingati. Sebaik-baiknya, jika anda ternampak saf itu renggang dan tak lurus, tegurlah dengan cara yang baik dan seboleh-bolehnya senyum ketika menegur. InsyaAllah teguran anda akan diterima dengan baik. Namun jika tidak diendahkan, anda telah melakukan kewajipan anda menegur, semoga Allah membuka hati mereka untuk melakukannya kemudian.
Semoga bermanfaat dan semoga kita semakin bersemangat mengikuti tuntunan Nabi Muhammad S.A.W
Wallahualam.
Sumber : 


✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wmpBMF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.