Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 50 Juta Rekod Data Peribadi Pengguna Malaysia Dijual Pihak Tidak Bertanggungjawab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 50 Juta Rekod Data Peribadi Pengguna Malaysia Dijual Pihak Tidak Bertanggungjawab

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa ketirisan data besar – termasuk data akaun pengguna Streamyx dan sebagainya. Terkini, ia dilaporkan sekitar lebih 50 juta rekod data pengguna tempatan mula dijual pihak tidak bertanggungjawab melalui beberapa platform atas-talian.

Dilaporkan terlebih dahulu oleh pihak Lowyat, data yang ditawarkan oleh penjual berkenaan dikatakan didapati daripada sejumlah platform, termasuk Jobstreet.com, Malaysian Medical Council, Malaysian Medical Association, Academy of Medicine Malaysia, permohonan pinjaman perumahan, dan paling banyak sekali adalah data daripada syarikat telekomunikasi di Malaysia yang meliputi Maxis, Celcom, Digi, UMobile dan sebagainya.

Data yang dijual ini turut meliputi pelbagai data peribadi seseorang – termasuk nama penuh, alamat emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan, gaji dan sebagainya.

Ini boleh dikatakan antara ketirisan data peribadi terbesar – mempunyai lebih 50 juta rekod (hanya daripada data syarikat telekomunikasi sahaja).

Menurut sasaran Lowyat, data peribadi yang dijual ini dijangka tertiris sekitar 2012 ke 2015 lepas.

Seperti semua sedia maklum, penjualan data peribadi ini adalah salah satu kesalahan besar – dan dilindungi dibawah akta PDPA.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzwvh5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.