Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Menghalauku & Anak, Tiba² Mertuaku Menyelit ‘Sebuah Beg Kecil’. Setelah Dibuka, Aku Pun Tak Dapat Menahan Air Mata !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Menghalauku & Anak, Tiba² Mertuaku Menyelit ‘Sebuah Beg Kecil’. Setelah Dibuka, Aku Pun Tak Dapat Menahan Air Mata !!!

Suami Menghalauku & Anak, Tiba² Mertuaku Menyelit ‘Sebuah Beg Kecil’. Setelah Dibuka, Aku Pun Tak Dapat Menahan Air Mata !!! | KITA VIRAL – Sembilan tahun usia pernikahan dengan bekas suami, kami memiliki anak perempuan berusia 7 tahun.

Penyebab utama keretakan rumahtangga kami adalah berpunca kerana kami selalu bertengkar. Setelah berpisah, anak ikut tinggal denganku, dan rumah di ambil balik oleh bekas suamiku.

Tetapi, aku mengatakan pada bekas suami yang aku dan anak hendak menumpang menginap dirumahnya dulu, sehingga kami menemui rumah sewa lain, baru kami dua beranak keluar, lalu  bekas suami pun setuju.

Sebelum bercerai, aku tidak bekerja dan hanya duduk di rumah menguruskan anak. Setelah bercerai, aku harus mulai mencari pekerjaa.

Tapi kerana sudah lama tidak bekerja, sehingga cukup susah untukku mendapatkan pekerjaan. Kerana itulah, aku memilih untuk bekerja sebagai jurujual demi menyara hidupku dan anak.

Tetapi tidak disangka, belumpun 2 bulan aku dan anak tinggal dirumahnya, tiba-tiba bekas suami menginginkan kami untuk berpindah secepat mungkin.

Kerana dia akan bernikah dengan wanita lain. Dia memberi kami berdua waktu cuma seminggu untuk berpindah.

Aku pula agak terkejut kerana tidak menyangka dia akan secepat itu bernikah lagi, dan yang paling membuatku bingung adalah kenapa dia begitu terburu-buru menyuruh kami pergi.

Kerana dia mahu bernikah, mahu tidak mahu aku perlu pindah. Aku mengatakan kepadanya untuk membantu kami mencari rumah kecil, dan mengenai duit sewa rumah, aku memintanya untuk membayarkan dulu.

Nanti kalau sudah mendapat gaji, baru aku akan membayarnya kembali. Tetapi dia tidak setuju, dan langsung menghalau kami keluar.

Aku dan anak terpaksa keluar dari rumah itu dan tidak ada tempat tinggal. Akhirnya aku pergi ke rumah bekas mertua.

Mertua tidak mengatakan apa-apa lalu menawarkan kami boleh tinggal disana dan merasakan tindakan anaknya (bekas suami) itu salah.

Tetapi, belumpun 2 minggu aku tinggal di rumah mertua, bekas suamiku datang, dia melihat aku dan anak tinggal disana bersama dengan ibunya membuatnya marah lalu menghina kami dengan kata-kata kesat.

Kemudian, bekas suamiku mulai meminta wang kepada ibunya, dia mengatakan mahu bernikah dan memerlukan kereta baru.

Tetapi ibunya mengatakan tidak mempunyai wang, lalu bekas suami mengatakan mahu menjual rumah ibunya itu dan menyuruh ibunya tinggal bersamanya.

Ibunya (bekas mertuaku) tidak setuju, tetapi bekas suami mulai marah dan mengatakan kalau kekasih yang bakal dinikahinya itu sudah hamil dan bakal melahirkan bayi lelaki.

Bekas suamiku pun mengugut ibunya jika tidak mahu menurut kemahuan seperti yang dia inginkan, dia akan menyuruh kekasihnya untuk menggugurkan kandungannya.

Perkara inilah yang membuatkan mertuaku mahu tidak mahu terpaksa menyetujuinya dek kerana ugutan dari anaknya itu.

Ketika itu, jantungku terasa berdegup kencang, ternyata selama ini bekas suamiku curang dibelakangku dengan wanita lain.

Mertuaku juga sudah setuju untuk menjual rumah bagi membeli kereta seperti dirancang bekas suami. Ketika itu juga, aku menangis dan pergi.

Mertuaku menghampiri kami, menyelitkan ‘sesuatu’ ke dalam beg anakku. Dia menyuruhku untuk mencari tempat untuk tinggal. Akhirnya aku dan anak pun pergi dari situ.

Dengan membawa anak, aku menginap di motel. Malam itu aku sedang mengemas barang, lalu aku ingat dengan anggapan mertuaku memberiku sebeg makanan.

Akan tetapi ternyata yang ada di dalamnya adalah buku akaun dan kad atm bank, bila aku membuka buku bank itu, ternyata di dalamnya tertera wang sebanyak jutaan ringgit! Dan di dalamnya juga tercatat password kad atm itu.

Ketika itu juga, aku mula memahami. Mertuaku sengaja memberikan wang itu kepadaku, aku merasa telah salah faham kepadanya selama ini.

Dia begitu baik kepadaku, aku merasa begitu berterima kasih kepadanya. Oleh kerana tidak dapat menahan rasa terharu, aku pun menangis teresak-esak.

Wah, untung ya bekas mertuanya baik sangat! Semoga dia dan anaknya boleh jalani kehidupan lebih baik pada masa depan.

Sumber : BH

The post Suami Menghalauku & Anak, Tiba² Mertuaku Menyelit ‘Sebuah Beg Kecil’. Setelah Dibuka, Aku Pun Tak Dapat Menahan Air Mata !!! appeared first on KITA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l0Pht5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.