Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 anggota kongsi gelap dihadapkan ke mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 anggota kongsi gelap dihadapkan ke mahkamah

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang juga anggota kongsi gelap dikenali Geng 35 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di daerah ini sejak dua tahun lalu.

S Jagan, 23 dan S Ramachandran, 26, masing-masing bekas pengawal keselamatan didakwa menyertai geng berkenaan sejak awal Januari 2015 sehingga hujung September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan di hadapan Hakim Priscilla Hemalini Nadarajan, kedua-duanya mengangguk faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Hakim tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula, dengan kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jagan dan Ramachandran yang berasal dari daerah ini dibawa ke mahkamah jam 9 pagi dengan dikawal ketat anggota Unit Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.



Sumber 2 anggota kongsi gelap dihadapkan ke mahkamah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gyjvC2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.