Sathia janji ke final tahun depan
ALOR SETAR: "Tahun depan kami akan beraksi di final. Itu janji jurulatih FELDA United, B Sathianathan selepas menyaksikan anak buahnya terkandas di separuh akhir Piala Malaysia kepada Kedah menerusi agregat 1-3.
Ini kali ketiga FELDA terkandas di separuh akhir selepas tahun 2014 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 5-6 dan pada tahun 2015 dengan Kedah (3-4).
Sathianathan yang mengambil alih tugas ketika kelab itu terumbang-ambing di pertengahan musim ini berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan anak buahnya dalam kempen Piala Malaysia.
"Ketika saya mengambil alih FELDA, pasukan ini menduduki tempat ke-10, ke-11 liga tapi kami berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia dan nombor tiga liga ketika ini, saya berpuas hati dengan prestasi pemain saya.
"Kami sudah berikan yang terbaik dan tahun depan kami akan beraksi di final," katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam.
PEMAIN FELDA United kecewa setelah tewas kepada Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid
Dua gol pemain tengah Kedah Sandro Mendonca meleburkan hasrat FELDA untuk mencipta kejutan selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Jengka minggu lalu.
Sathianathan mengakui anak buahnya gagal beraksi dengan baik pada babak pertama namun cuba bangkit pada baki permainan selepas itu.
"Pada babak pertama kami tak bermain, hanya Kedah yang bermain. Kami memiliki beberapa peluang pada separuh masa kedua dengan percubaan Thiago (Augusto) juga terkena palang. Kami pula melakukan kesilapan dan dengan pengalaman yang dimiliki Kedah, mereka mengambil kesempatan itu," katanya.
Sumber Sathia janji ke final tahun depan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gAfg9b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment