Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aisyah Aziz Ulang Alik Singapura - KL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aisyah Aziz Ulang Alik Singapura - KL

punca aisyah aziz ulang alik singapura kl 1

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

Penyanyi Aisyah Aziz akui dia lebih selesa berulang alik dari Singapura ke Malaysia jika ada tawaran dalam kerjaya seni.

Semunya dilakukan kerana cinta yang mendalam terhadap bidang yang diminatinya itu.

"Setakat ini, saya sering berulang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Jika ada tawaran persembahan atau sebarang acara yang perlu saya hadiri, saya akan ke Kuala Lumpur. Selesai sahaja semua tugas, saya akan kembali ke Singapura untuk menyelesaikan tanggungjawab seni di Singapura.

"Biarpun agak memenatkan, semuanya saya lakukan kerana rasa cinta yang mendalam terhadap bidang muzik yang diceburi," katanya yang dipetik daripada portal Astro Gempak.

Aisyah membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) di Singapura yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Kota Singa itu menafikan dakwaan dia tidak menghargai sokongan peminat negara ini.

Sebaliknya Aisyah berkata, dia menggunakan medium media sosial sebagai alternatif menghubungkan dirinya dengan peminat yang jauh.

punca aisyah aziz ulang alik singapura kl 2

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

"Berulang alik tidak bermakna saya lupa dengan peminat Malaysia. Saya akui, saya menerima banyak tawaran di Singapura seperti tawaran persembahan nyanyian, teater muzikal dan sebagainya. Jadi, saya harus pandai membahagikan masa dan tidak melepaskan peluang.

"Tak timbul soal lupa kerana peminat selalu berada dalam hati saya. Saya sering berinteraksi dengan peminat di laman sosial untuk mendekatkan diri dengan mereka," katanya lagi.

Aisyah yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia itu menerima trofi kemenangan di APM 2017 menerusi kategori Kolaborasi Terbaik Lagu, Lagu Terbaik Singapura dan Lagu Terbaik APM.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yFm0Ht

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.