Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barca ketepi soal politik, kekal rentak La Liga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barca ketepi soal politik, kekal rentak La Liga

BARCELONA: Kekalutan isu politik yang melanda langsung tidak menjejaskan Barcelona untuk meneruskan rentak cemerlang dalam mendahului La Liga apabila mengatasi Malaga 2-0 di Camp Nou, awal pagi tadi.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy pada Sabtu mengumumkan yang pihaknya tidak akan bekerjasama dengan pemerintah pemisahan Catalunya dan menuntut pemilihan baharu di rantau itu.

Dalam protes yang digerakkan penyokong kemerdekaan, seramai 450,000 tertumpu di jalanan Barcelona menyuarakan kemarahan.

Terdahulu, presiden kelab, Josep Maria Bartomeu menegaskan Barcelona tidak akan digunakan sebagai 'alat' politik.

"Kami bukan alat yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik. Tiada siapa yang boleh 'merampas' lencana dan bendera kami," katanya kepada ahli kelab pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Kelab ini menyokong hak Catalunya namun menolak untuk berada di mana-mana pihak, sama ada menyokong atau pun menolak kemerdekaan.

PENYERANG Barcelona, Lionel Messi dikawal tiga pemain Malaga pada aksi La Liga. - Foto REUTERS

Barcelona kini unggul dengan 11 kemenangan dalam 12 perlawanan La Liga dan Liga Juara-Juara musim ini, memiliki kelebihan empat mata berbanding Valencia di tempat kedua.

Gerard Deulofeu menjaringkan gol pertamanya bersama kelab itu namun Malaga nyata kurang gembira jaringan itu dibenarkan apabila mendakwa hantaran lintang dilakukan Lucas Digne sudah pun keluar dari garisan permainan.

Umpanan Lionel Messi membuka peluang buat Andres Iniesta menambah jaringan Barcelona selepas rembatannya terkena kaki pemain Malaga sebelum menerjah ke gawang lawan.

"Ia sukar untuk dipercayai. Bola sudah pun keluar setengah meter," kata pertahanan Malaga, Luis Hernandez. - AFP



Sumber Barca ketepi soal politik, kekal rentak La Liga

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyTWrA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.