Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3,000 Ayam Maut Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3,000 Ayam Maut Kemalangan

Kemalangan tragis berlaku apabila lori ayam terbalik hingga mengorbankan 3,000 ekor ayam sebelum sempat ia disembelih di Kilometer 25, Jalan Serkam-Bemban, Melaka, awal pagi semalam. Seorang kelindan lori berasal dari Bangladesh juga maut dalam kejadian itu.

BACA: Ini Punca Babi Berkeliaran Di Highway Plus

Sumber dari bharian.com.my

Kejadian pada pukul empat pagi itu berlaku semasa lori seberat 10 tan itu dalam perjalanan menghantar 3,320 ternakan ayam dari Bahau, Negeri Sembilan ke pusat penyembelihan di Serkam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kelindan lori bernama Raijul Miah, 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara dua kelindan lagi dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun, pemandu lori warga tempatan dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan walaupun lori tersebut remuk teruk.

“Pemandu lori gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kawasan semak di bahu jalan sebelum terbalik hingga menyebabkan kepala lori terbabit remuk teruk,” jelasnya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Sementara itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta kerjasama saksi untuk membantu siasatan.

Kesian melihat beribu ekor ayam mati sebelum sempat sampai ke destinasi dan ada juga beberapa ekor ayam terlepas akibat kemalangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mufti: Haram Kaut Beras Tumpah Dari Lori Nahas
Anwar Ibrahim Terlibat Kemalangan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei!



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gyjA8O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.