Enggan ‘harap’ orang mati, penggali kubur mahu elaun tetap
SEBERANG PRAI, 22 Okt — Seramai 13 penggali kubur dan tukang mandi jenazah menuntut bayaran elaun tetap.
Mereka yang berkhidmat tanpa mengira waktu mahu menikmati kemudahan yang diterima imam, tok siak dan bilal, bukan bergantung kepada sumbangan orang ramai, lapor Harian Metro.
Seorang daripada mereka, Mohd Radzi Shamsudin, 62, berkata mereka hanya “mengharapkan ada orang meninggal dunia” untuk memperoleh sedikit pendapatan.
Rakannya Sheikh Khuzaid Musa, 57, turut mengharapkan sumbangan waris si mati dan tiada sumber pendapatan lain.
“Jika ada elaun tetap, kami tidak perlu mengharapkan sumbangan waris kerana mereka pun bukan semua senang,” katanya.
Mereka mengadakan demonstrasi simbolik dengan mengusung keranda di perkarangan Masjid Daerah Teluk Air Tawar, Butterworth.
Sumber Enggan ‘harap’ orang mati, penggali kubur mahu elaun tetap
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ir2qdX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment