Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maksiat di pulau, wanita ditahan bersama tiga lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maksiat di pulau, wanita ditahan bersama tiga lelaki

Satu pemandangan menarik di Pulau Redang, Terengganu. Seramai 23 ditahan di pulau ini atas kesalahan maksiat. — Paparan skrin GoogleSatu pemandangan menarik di Pulau Redang, Terengganu. Seramai 23 ditahan di pulau ini atas kesalahan maksiat. — Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 8 Okt — Pasangan muda didapati menjadikan pulau-pulau di negeri ini untuk melakukan maksiat.

Dalam serbuan di Pulau Redang pada Jumaat malam hingga pagi Sabtu lalu, turut didapati seorang wanita sanggup berada bersama tiga orang lelaki di dalam sebuah bilik.

Serbuan itu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 23 orang individu, 13 orang daripadanya lelaki dan selebihnya wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Pihak media yang turut mengikuti operasi tersebut mendapati mereka mendakwa mereka merupakan pasangan yang sedang bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selain ada yang mendakwa mereka merupakan adik beradik, namun menukar pengakuan apabila kad pengenalan mereka diperiksa.

Daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 21 orang bakal didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dan dua orang lagi di bawah Seksyen 34 enakmen yang sama kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd  Wan Ibrahim memberitahu Bernama JHEAT akan sentiasa melakukan pemantauan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam di  pulau-pulau di Terengganu dari  semasa ke semasa.

“Jangan cuba jadikan pulau-pulau di Terengganu sebagai lokasi untuk golongan muda melakukan maksiat bagi mengelakkan diri daripada dicekup oleh pihak berkuasa. Tindakan sedemikian hanya akan memburukkan imej pulau di Terengganu,”

Beliau turut menyeru supaya ibu bapa mengawasi dan memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak mereka agar tidak sewenang-wenangnya pergi ke pulau-pulau bersama-sama rakan yang bukan muhrim yang mampu mendorong berlakunya perkara menyalahi undang-undang Syariah. — Bernama



Sumber Maksiat di pulau, wanita ditahan bersama tiga lelaki

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yPpztw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.