Mat Sabu jawab PAS: DAP tidak tukar negara jadi Kristian
PETALING JAYA, 8 Okt — DAP tidak mampu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, kata presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Menjawab tuduhan PAS, Mohamad Sabu tidak percaya DAP mampu mendapat majoriti dua pertiga Dewan Rakyat bagi meminda perlembagaan, lapor Malaysiakini.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata sekutu Amanah itu juga perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu untuk menukar status agama negara.
“Bolehkah DAP mendapat majoriti dua pertiga di parlimen?” kata Mohamad dalam ceramahnya di Penanti, Seberang Perai Tengah semalam.
“Katakanlah mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga, tapi adakah anda fikir Raja-raja Melayu akan bersetuju dengan cadangan itu?”
Penyokong parti itu dan Pakatan Harapan (PH) yang di hadir di program itu kemudiannya melaungkan “tidak”.
Bulan lalu, ketua Pemuda PAS dilapor mendakwa DAP dibayangi agenda penyebar Kristian dan bercita-cita menjadikan Malaysia negara sekular.
Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan itu berkata mengundi PH, yang turut disertai PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ibarat mengundi DAP.
“DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Amanah, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya,” katanya seperti dilaporkan.
Sumber Mat Sabu jawab PAS: DAP tidak tukar negara jadi Kristian
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yRvC0B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment