Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri seru kaji sebab anak muda pasif, tidak yakin politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri seru kaji sebab anak muda pasif, tidak yakin politik

Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu penjelasan diberikan kepada anak muda bagi membetulkan persepsi dan mengelak mereka terus bersikap pasif politik. — Foto Bernama Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu penjelasan diberikan kepada anak muda bagi membetulkan persepsi dan mengelak mereka terus bersikap pasif politik. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 8 Okt — Penjelasan harus diberikan kepada anak-anak muda bagi membetulkan persepsi mereka terhadap politik dan mengelak mereka terus bersikap pasif politik, kata Bendahari Agung Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dalam catatan terkini sskeruak.blogspot.com, Salleh melahirkan rasa sedih apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan lebih empat juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi dengan majoritinya golongan muda berusia 21 tahun.

“Terfikir saya ruginya jika anak muda pasif politik. Jika tidak minat politik adalah faktornya, persepsi ini perlu segera diperbetulkan.

“Anak muda tidak boleh seperti ini kerana merekalah yang mencipta masa depan negara. Masa masih ada dan anak muda perlu ditarik sekarang untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Salleh turut memetik Survei Merdeka Centre yang mendapati anak muda pasif politik berdasarkan beberapa faktor termasuk terlalu sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua, merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah dan tidak percaya kepada ahli politik.

“Kajian lain oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia menambah lagi faktor di atas. Mengejutkan ialah anak muda merasakan kepentingan mereka diabaikan oleh ahli politik dan anak muda bercelaru dengan keadaan politik semasa.

“Mereka tidak percaya dengan institusi politik negara. Mereka bosan. Pandangan di atas perlu diberi perhatian,” katanya.

Justeru, kata Salleh parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda supaya aktif politik.

Ini kerana katanya negara memerlukan anak muda untuk kejayaan masa depannya kerana jiwa muda adalah jiwa yang kuat, bertenaga dan berwawasan. — Bernama



Sumber Menteri seru kaji sebab anak muda pasif, tidak yakin politik

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g2E5KK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.