Mingguan Amanz – Google Pixel 2, Edge Mobile, iPhone 8 Malaysia
Minggu ini menyaksikan Google mengadakan sebuah acara khas, mengumumkan pelbagai perkakasan baru keluaran mereka. Mencuri perhatian adalah pengumuman Google Pixel 2 dan juga Google Pixel 2 – iaitu telefon pintar keluaran Google dengan kamera yang sangat baik, selain sokongan kalis air dan juga menggunakan versi Android terkini.
Google pada masa yang sama telah mengemaskini Google Store untuk pengguna tempatan, dan memautkan pelbagai produk mereka ke kedai pengedar tempatan.
Microsoft pula pada minggu ini membuat kejutan dengan mengumumkan Microsoft Edge Mobile untuk Android dan juga iOS.
Lenovo pada minggu ini mengumumkan Thinkpad bersempena ulang-tahun ke-25, selain HP mengemaskini HP Spectre 13 dengan rekaan yang lebih kompak.
Maxis pada minggu ini telah memperkenalkan Maxis One Prime yang menawarkan penggunaan data tanpa had pada peranti mudah-alih dan juga jalur lebar talian tetap.
Dan akhir sekali, Apple Malaysia telah mengumumkan yang mana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan dipasarkan di Malaysia bermula 20 Oktober 2017 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yPCmfD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment