Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja maut dihempap pokok tumbang ketika kenduri arwah: “Ma, kita pergi dulu ya” – Adik kata abang jatuh seperti bersujud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja maut dihempap pokok tumbang ketika kenduri arwah: “Ma, kita pergi dulu ya” – Adik kata abang jatuh seperti bersujud

ADIK budak lelaki yang maut dihempap pokok kelapa sawit di Kampung Gajah semalam, melihat Muhamad Khairul Syamril Sauffi, 13, jatuh seperti bersujud selepas ditimpa pokok berkenaan serta besi khemah.

 

 

Remaja maut dihempap pokok tumbang ketika kenduri arwah: "Ma, kita pergi dulu ya" - Adik kata abang jatuh seperti bersujud

Remaja maut dihempap pokok tumbang ketika kenduri arwah: “Ma, kita pergi dulu ya” – Adik kata abang jatuh seperti bersujud

 

 

Mohamad Shahril, 12, berkata dia bersama abangnya itu serta dua rakan, baru hendak makan selepas mengambil makanan di bawah khemah apabila pokok itu tumbang menghempap khemah berkenaan.

“Abang cedera di kepala terkena pokok serta besi khemah dan dia jatuh seperti bersujud.

“Saya luka kecil manakala dua lagi rakan cedera dan dirawat di hospital,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Hafizah Paed, 33, berkata Muhamad Khairul Syamril dua kali memberitahunya untuk keluar ke rumah jirannya yang mengadakan kenduri arwah itu.

“Dua kali dia berkata ‘Ma, kita pergi dulu ya’ selepas saya membenarkan dia bersama adik dan dua rakan ke rumah jiran.

“Saya masih terkejut dengan kejadian menimpa anak sulung saya itu namun reda dengan ketentuan takdir,” katanya.

Dalam kejadian 2.25 petang di Kampung Tersusun Bukit Chawi itu, Muhamad Khairul Syamril yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Ulu Dedap.

Menurut Hafizah, anak sulung daripada enam beradik itu meminta izin ke rumah jiran yang mengadakan kenduri arwah selepas dia pulang dari kenduri berkenaan.

Katanya, dia berat hati mengizinkan Muhamad Khairul Syamril bersama adiknya berikutan hujan.

“Jemputan lain juga sudah pulang namun dia tetap mahu pergi. Saya pesan supaya pulang cepat kerana hati berasa tidak tenang.

“Terkejut sangat apabila dimaklumkan kejadian itu. Amat terasa kehilangannya kerana dia anak yang bertanggungjawab menjaga adik-adiknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Sumber: Metro



Sumber Remaja maut dihempap pokok tumbang ketika kenduri arwah: “Ma, kita pergi dulu ya” – Adik kata abang jatuh seperti bersujud

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQo6D8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.