5 Pemimpin Negara Paling Dibenci Dunia
Menjadi pemimpin yang adil dan disayangi rakyat bukanlah suatu perkara mudah. Tidak hairanlah konflik antara pemimpin dan rakyat biasa terjadi. Namun, terdapat juga segelintir pemimpin yang bukan sahaja dibenci oleh rakyat jelata, malah mereka yang bukan dibawah pimpinannya. Jom kita semak senarai 5 pemimpin negara yang paling dibenci di dunia.
1. Pol Pot
Saloth Sar, atau lebih dikenali sebagai Pol Pot, dan parti politiknya, Khmer Rouge memerintah Kemboja selama 4 tahun iaitu dari 1975 sehingga 1979. Namun, sepanjang tempoh tersebut bukanlah suatu kenangan indah buat masyarakat Kemboja. Bahkan, mereka mengingati Pol Pot sebagai seorang penguasa yang jahat.
Semasa pemerintahannya, hampir 2 juta rakyat Kemboja mati dibunuh akibat kelaparan, perlaksanaan politik dan buruh paksaan. Kuasanya berakhir selepas pencerobohan negara jiran, Vietnam pada tahun 1979. Pembunuhan beramai-ramai ketika pemerintahan Pol Pot dipanggil "Cambodian Genocide".
2. Adolf Hitler
Dilahirkan pada 20 April 1889, Adolf Hitler merupakan diktator Jerman yang terkenal kerana dianggap bertanggungjawab terhadap Holocaust. Adolf Hitler memerintah Jerman dari tahun 1934 sehingga 1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler juga menjadi presiden Parti Pekerja Jerman Sosialis Kebangsaan pada tahun 1932.
Antara tahun 1939 dan 1945, Hitler dan rekrutnya dianggarkan telah membunuh sekitar lebih daripada 14 juta orang termasuk 6 juta orang Yahudi. Mereka dibunuh dengan kejam di kem tahanan, ghetto and perlaksanannya dilakukan secara besar-besaran. Selain itu, ramai rakyat Jerman yang terbunuh kerana dijangkiti penyakit dan kebuluran.
Zaman kejatuhan Hitler bermula sejurus selepas perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941 dimana tenteranya kalah terhadap Rusia. Hitler mati pada 30 April 1945 akibat membunuh diri.
3. George W Bush
Dilahirkan pada 6 Julai 1946, George W Bush berkhidmat sebagai presiden ke-43 Amerika Syarikat dari tahun 2001 sehingga 2008. George Bush ialah salah seorang presiden Amerika yang paling dibenci. Beliau dilantik sebagai presiden dalam sebuah pilihan raya penuh kontroversi pada tahun 2001. Malah, Bush juga bertanggungjawab memulakan perang terhadap keganasan yang terkenal pada tahun 2001.
Menurut pakar, seluruh dunia terutamanya negara-negara Islam amat membenci Bush kerana dasar luar yang mengelirukan. Disebabkan itu, masyarakat dunia terpaksa menghadapi kekacauan dan kemusnahan. Berdasarkan kaji selidik, rakyat Amerika juga tidak begitu berpuashati dengannya oleh kerana perbelanjaan ketenteraan yang banyak dan kecederaan awam menerusi perang terhadap keganasan yang tidak pernah berakhir.
Sehingga kini, Amerika telah membelanjakan sebanyak $704 bilion hanya di Iraq. Selain itu, lebih daripada 5000 askar dan ratusan orang awam mati dalam peperangan yang tidak masyhur ini.
4. Ariel Sharon
Dilahirkan pada tahun 1928, Ariel Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006. Beliau juga dilantik sebagai komander di ketenteraan Israel dari tahun 1940-an hingga awal 1970-an. Selain itu, Sharon juga terlibat dalam Perang Kemerdekaan (1948), Perang Suez (1956), Perang 6 Hari (1967) dan Perang Yom-Kippur (1973).
Sebaik bersara sebagai tentera, Sharon menyertai parti Likud yang berhaluan kanan. Beliau menyokong penuh pembinaan penempatan Israel yang tidak adil di Bank Barat dan Gaza Strip pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Pada tahun 1983, sebuah suruhanjaya telah dibentuk oleh kerajaan Israel untuk menyiasat insiden berkaitan perang Lebanon pada tahun 1982.
Ariel Sharon juga dikenalpasti bertanggungjawab secara tidak langsung ke atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di Sabra dan Shatila semasa beliau menjadi menteri pertahanan Israel.
5. Joseph Stalin
Pada tahun 1924 iaitu selepas kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi ketua Soviet Union. Dianggarkan lebih daripada 60 juta orang telah dibunuh dibawah pemerintahan diktator ini. Beliau juga dianggap bertanggungjawab atas kelaparan Soviet antara tahun 1932 hingga 1933.
Menurut rekod rasmi di Rusia, Stalin telah menghukum bunuh seramai anggaran 800,000 orang atas pelbagai kes jenayah termasuk yang melibatkan bidang politik. Sepanjang tahun 1932 hingga 1933, Rusia dan Ukraine terutamanya menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet yang disebabkan oleh kegagalan polisi pertanian atas tanggungjawab Stalin.
Dipercayai hampir 6 ke 8 juta orang mati dalam bencana ini. Di Ukraine, bencana kelaparan ini dikenali sebagai "Holodomor".
Rujukan:
1. Vu Desk
2. Wikipedia
Imej:
1. Youtube Military Learning
2. Getty Images
3. CNN
4. ABC News
5. Lost Identity 1984
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywD31b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment