Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak hirau lagi rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, ibu tunggal kutip sisa makanan di pasar untuk mengisi perut anak-anak yang menunggu di rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak hirau lagi rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, ibu tunggal kutip sisa makanan di pasar untuk mengisi perut anak-anak yang menunggu di rumah

 

Tak hirau lagi rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, ibu tunggal kutip sisa makanan di pasar untuk mengisi perut anak-anak yang menunggu di rumah

Tak hirau lagi rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, ibu tunggal kutip sisa makanan di pasar untuk mengisi perut anak-anak yang menunggu di rumah

KOTA BHARU – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu  untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya  Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

Via: SK



Sumber Tak hirau lagi rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, ibu tunggal kutip sisa makanan di pasar untuk mengisi perut anak-anak yang menunggu di rumah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6F6rg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.