Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mulut bayi melecur selepas memasukkan kabel pengecas telefon dalam mulut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mulut bayi melecur selepas memasukkan kabel pengecas telefon dalam mulut


GLASGOW, AMERIKA SYARIKAT - Mulut bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk selepas memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan arusnya ke dalam mulut. 
Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk. 
Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Menurut Courtney, kebiasaannya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut. 
"Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu. 
"Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk," katanya. 




Justeru, Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga  serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Sumber Mulut bayi melecur selepas memasukkan kabel pengecas telefon dalam mulut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6SQ5h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.