Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imam meninggal dunia lepas pimpin solat di masjid Mekah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imam meninggal dunia lepas pimpin solat di masjid Mekah

RIYADH – Seorang imam di Makkah dilaporkan meninggal dunia semasa memberi ceramah kepada jemaah di sebuah masjid selepas beliau mengimamkan solat fardu Asar pada Rabu lalu.

 

 

Imam meninggal dunia lepas pimpin solat di masjid Mekah

Imam meninggal dunia lepas pimpin solat di masjid Mekah

 

 

Imam yang dikenali sebagai Khalid Al-Qurashi itu meninggal syahid di Masjid Abdul Qadir di Awali, lapor portal tempatan Arab News. Rakaman video insiden tersebut kini tular menerusi laman internet.

Melalui rakaman itu beliau yang merupakan anggota fakulti Universiti Umm Al Qura di Makkah dilihat sedang berlutut sambil menghadap jemaah masjid selepas mereka menunaikan solat Asar secara berjemaah.

Sekumpulan makmum masjid berkenaan dilihat bergegas meluru ke arah Khalid dan segera mengangkat tubuh imam tersebut setelah mereka melihat allahyarham tiba-tiba rebah di atas sejadah.

 

Video yang berdurasi selama 1 minit 40 saat itu sehingga kini ditonton lebih 400,000 kali. Punca sebenar kematian dramatik allahyarham namun tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Penduduk setempat yang hanya mengenali Khalid secara peribadi memberitahu pihak media Saudi bahawa imam berkenaan merupakan seorang baik hati dan suka memberikan senyuman.

Bagi umat Islam, meninggal ketika masih lagi dalam keadaan ibadah terutama solat dipandang sebagai hebat kerana dijemput ‘menemui’ Ilahi secara mulia.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Imam meninggal dunia lepas pimpin solat di masjid Mekah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNM6qI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.