Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bisik Pada Langit Bukan Sebuah Filem Adaptasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bisik Pada Langit Bukan Sebuah Filem Adaptasi

BISIK Pada Langit adalah sebuah filem sentuhan Kabir Bhatia yang mempunyai jalan cerita begitu sinonim dalam kehidupan sebuah keluarga.

Meskipun sudah genap dua minggu berada di pawagam, namun filem berkenaan masih mendapat sambutan yang baik daripada para penonton.

Memang tidak disangkal, begitu ramai yang beranggapan filem itu merupakan sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita sebuah novel.

Tapi, sebenarnya tanggapan tersebut adalah salah sama sekali sebaliknya novel tersebut yang adaptasi daripada filem berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon, Beto Kusyairy telah memuat naik status penjelasan di laman Twitter miliknya selepas ramai penonton keliru mengenai filem berkenaan.

Menerusi posting berkenaan, dia menjelaskan secara terperinci bahawa filem Bisik Pada Langit bukanlah sebuah filem diadaptasi daripada novel seperti mana yang disangkakan penonton selama ini.

Beto memberitahu bahawa novel itu ditulis sejurus selesai penggambaran filem berkenaan di mana pada perancangan awalnya ingin membuat tayangan menerusi siaran Astro sekitar tahun lalu.

“Ramai punyai tanggapan yang salah. Sebenarnya, naskhah #BisikPadaLangit ini bukan adaptasi dari novel tetapi sebaliknya.

“Penulis novel itu yang mengadaptasi skrip dan lakon layar naskah ini setelah selesai penggambaran yang asalnya dibikin untuk siaran di Astro tahun lepas,” ujarnya dipetik mStar Online.

Jelas Beto lagi atas sebab pengisian yang begitu positif, pihak produksi dan penerbit sebulat suara untuk mengangkat ke pawagam yang hanya boleh ditayangkan kini.

Ekoran itu, ramai yang keliru dan menganggap BPL adalah filem yang diadaptasi kerana novel dilihat berada dipasaran lebih awal daripada tayangan.

Sementara itu, menerusi posting terbaru Beto di laman Instagram memaparkan dia berterima kasih atas sokongan padu penonton yang telah meluangkan masa dan berbelanja untuk menonton filem berkenaan di pawagam.

“Alhamdulilah, hari ini genaplah dua minggu #BisikPadaLangit berada di pawagam. Terima kasih kepada semua yang susah payah cari masa dan berbelanja untuk menonton naskah ini,” tulisnya menerusi posting itu.

Bisik Pada langit ujar Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman,merupakan sebuah filem yang mengetengahkan kisah kasih agung seorang ayah dalam usaha membahagiakan anaknya.

Selain Beto, filem ini juga dibintangi oleh beberapa barisan pelakon terkenal tanah air seperti Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson. – http://ift.tt/2xc7oy3

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z4YNOJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.