Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa

Pasangan yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy berkata mereka akan mengurangkan untuk berjumpa walaupun sebelum bertunang mereka tidaklah kerap berjumpa.

“Kalau nak jumpa masa tunang ni, Sufian akan datang rumah dan mak saya akan masak untuk keluar dating tu tak adalah, sebab tak cukup-cukup ke nak berkenalan”

BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy, Sufian Suhaimi

“Dulupun kita orang tak adalah berjumpa, jumpa pun sebab kerja, memang kalau kita nak dating mengenali each other tu tak ada. Kita pergi bercuti hari tu pun ada mama dan adik saya,” ujar Elfira Loy di majlis pertunangannya itu.

Dalam pada itu, Elfira mahupun Sufian tidak menafikan bahawa dugaan sewaktu bertunang ini begitu mencabar, pun begitu mereka berdua mengambil pendekatan untuk berbincang dan bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi mereka sepanjang pertunangan ini, sehinggalah tiba hari pernikahan mereka yang bakal dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan.

“Masa merisik pun sebenarnya dugaan tu dah terasa ada dan dah ada. Contohnya masa kami pilih tarikh nak merisik terus keluar kes Sufian yang pasal kes viral Bigo dia (Sufian) menghubungi saya dan mama untuk maklumkan keadaan sebenar”

“Ketika panas isu itu, saya memilih untuk tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokan harinya akan ada penjelasan”

“Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah.,” ujar Elfira Loy.

Majlis pernikahan dan Resepsi yang akan diadakan pada bulan Mac tahun depan, akan merangkumi tiga majlis termasuklah majlis akad nikah, majlis resepsi pihak perempuan, dan majlis resepsi pihak elaki. Bagaimanapun, belum diputuskan lagi kerana mereka masih belum mempunyai lokasi majlis.

“Setakat ini kami memutuskan untuk adakan tiga majlis saja. Satu majlis nikah, kemudian diikuti dua majlis resepsi. Jujur hingga kini lokasi majlis kami masih belum ada,” ujar pasangan ini. (rtky/h)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZzPmf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.