Xiaomi Redmi Note 5A Berharga RM549 Di Malaysia – Dijual Mulai 11 Oktober
Xiaomi Malaysia baru sahaja mula menawarkan telefon pintar Android One mereka, iaitu Mi A1 pada penghujung bulan lepas. Selain daripadanya, kini mereka turut akan mula menawarkan telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan mereka terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 5A.
Xiaomi Redmi Note 5A hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 720p. Ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 425, dilengkapi memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 13-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3080mAh.
Xiaomi dilihat menyasarkan pengguna yang inginkan telefon pintar untuk ciri-ciri asas seperti permesejan, melayari web dan menonton video melalui telefon pintar ini – disamping pada masa yang sama inginkan skrin bersaiz besar.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan bermula 11 Oktober ini, pada harga RM549.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z3pNxX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment