Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno

Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh Pusat Khidmat ADUN Teluk Air Tawar awal pagi tadi.

eksiden--air-tawarBUTTERWORTH: Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kereta yang dinaiki 2 remaja berusia 19 tahun itu terbabas sebaik tiba di persimbangan bersebelahan pusat khidmat Datuk Jahara Hamid itu.

Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari arah Butterworth menuju ke Kepala Batas dan semasa kemalangan jalan di situ lengang.

“Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran serta melanggar bahagian tepi bangunan pusat khidmat tersebut.

Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki 2 remaja berkenaan terbakar dan mereka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan berjaya keluar dari kenderaan tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth Mohd Faizwan Che Amat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1 pagi sebelum 7 anggota bersama 1 jentera tiba di lokasi kemalangan kira-kira 5 minit kemudian.

Katanya semasa tiba, api sedang marak dan sebahagian kereta mangsa telah terbakar serta kemalangan itu turut menyebabkan bahagian luar pusat khidmat berkenaan turut terbakar.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran dan memadamkan keseluruhan api dalam masa setengah jam.Tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya.

Kebakaran itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, perkakasan dan kelengkapan serta siling pusat khidmat ADUN berkenaan.



Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y7GFpi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.