Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jadi ke dok nak bergabung ni?" - Ketua Pemuda PAS Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jadi ke dok nak bergabung ni?" - Ketua Pemuda PAS Kelantan

* Kerana PAS-UMNO nak bergabunglah mereka masuk UMNO. Alang-alang dah nak bersatu lebih baik duduk dalam UMNO terus daripada terjelepuk dalam PAS boleh ggapo?

Jadi atau tak nak bergabung, tanya Pemuda PAS kepada Umno
TMI  -  Diterbitkan pada 7 Oct 2017 12:05PM
Tindakan Umno Kelantan menerima kemasukan ahli PAS DUN Tedong, Pasir Mas menimbulkan dukacita Pemuda PAS Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2017.

TINDAKAN Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menerima borang permohonan menyertai Umno daripada ahli PAS mengguris hati pimpinan parti itu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau berasa dukacita dengan tindakan itu.

"Saya berasa dukacita dengan sikap Tokpa (Mustapa) yang menerima borang ahli PAS masuk Umno di kampung saya.

"Sepatutnya dalam situasi PAS dan Umno nak bergabung (katanya Annuar Musa lah) benda- benda begini tak sepatutnya berlaku. Fokus sahaja kepada usaha penggabungan.

"Ke Tokpa (Mustapa) tak percaya kepada ketua penerangan Umno? Jadi ke dok nak bergabung ni?" tanya Fadhli dalam satu catatan di Facebooknya bagi melahirkan perasaan dukacita itu.

Semalam Berita Harian melaporkan yang 50 ahli PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Pasir Mas menyertai Umno.

Ia berlaku di kampung Fadli yang juga ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Sebelum ini, Annuar Musa dilaporkan berkata, PAS dan Umno mempunyai DNA yang sama yang menyebabkan kedua-dua akan bekerjasama.

Annuar berkata, "Oleh kerana PAS itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan."

"Ia tidak bermakna PAS masuk Umno, Umno masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)...tetapi titik-titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting. Atas dasar itu saya meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara Umno dan PAS.

"Tunggulah beberapa minggu, beberapa bulan lagi bila pilihan raya semakin dekat saya percaya antara pucuk pimpinan PAS dan Umno selagi mana titik kebersamaan dan taawun itu ada, akan ada pengumuman yang seharusnya menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan4All, di Balik Pulau, 3 Oktober lalu. – 7 Oktober, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywwagq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.