Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fikiran Kosong Punca Shaza ‘Clever Girl’ Tersingkir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fikiran Kosong Punca Shaza ‘Clever Girl’ Tersingkir

PESERTA Clever Girl Malaysia 2017, Shaza meluahkan rasa sedih apabila gagal melayakkan diri ke peringkat akhir program berkenaan.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram miliknya, Shaza atau nama sebenarnya Nurul Shazalina Zainudin, 30, berkata, dia reda dengan keputusan disingkirkan biarpun sudah berusaha untuk menjuarai program tersebut.

“Assalammulaikum sahabat sekalian. Pertama kali saya mohon maaf kerana telah mengecewakan anda.

“Saya tak berjaya ke final. Tapi alhamdulillah saya redha. Ini takdir Allah bagi saya. Sedih memang sedih.

“Dan saya tak terkilan. Sebab saya usaha sebaiknya. Betul-betul berusaha. Kesilapan yang saya lakukan semalam pun Allah dah tetapkan,” kata Shaza.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

Shaza yang mewakili Kelantan akui melakukan kesilapan apabila dia tidak dapat mendengar soalan dengan baik disebabkan ketika itu fikirannya kosong.

“Saya tidak mendengar soalan dengan baik. Malah di pentas penyingkiran, otak saya kosong. Saya tak dapat berfikir langsung sebenarnya.

“Sahabat semua, seikhlas hati saya sayangkan anda. Sebak membaca komen-komen anda. Terima kasih tidak terhingga.

“InsyaAllah saya akan terus di sini berkongsi perkara baik dan terus memberi inspirasi. Bersangka baiklah pada setiap ketentuan Allah,” ujarnya.

Sementara itu, dua peserta iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard, 24 yang mewakili Perak dan Shazana Kamarzaman, 24 dari Selangor akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara.
Pentas akhir Clever Girl Malaysia 2017  akan berlangsung pada 13 Oktober ini yang bersiaran pada pukul 9 malam di TV3.

The post Fikiran Kosong Punca Shaza ‘Clever Girl’ Tersingkir appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6Mkf1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.