Hi! Welcome Back and Stay Tune! Risteena Sudah Ada Teman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Risteena Sudah Ada Teman

PELAKON Nur Risteena Munim memberitahu dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki namun belum lagi pada tahap serius untuk menjadi pasangan kekasih.

Risteena, 28, berkata, lelaki istimewa itu merupakan orang biasa yang bukan daripada golongan pelakon atau berada dalam industri hiburan.

"Saya ada berkawan dengan seseorang tapi belumlah sampai tahap serius ingin berkahwin. Orang itu bukanlah pelakon atau bekerja dalam industri.

"Setakat ini saya belum bersedia untuk berkahwin lagi, Insya-Allah mungkin dalam tempoh dua tahun lagi," ujarnya.

Risteena juga berkata, dia terima jika adiknya iaitu pelakon Ruhainies bertemu jodoh terlebih dahulu.
Pelakon drama Gaduh-Gaduh Sayang itu berkata, dia kini sibuk memberi fokus utama kepada kerjaya lakonannya.

Tambahnya, filem seram komedi itu memerlukan dia membawakan watak seorang doktor.
"Ini cerita seram pertama yang saya terima kerana sebelum ini banyak tawaran cerita seram saya tolak. Ia kerana saya seorang yang penakut.

"Dalam filem ini tidak memerlukan saya berlakon adegan dengan hantu sebaliknya memeggang watak doktor. Cabaran utama ialah perlu menghafal nama-nama ubat dan cara rawatan yang betul," ujarnya.

Filem tersebut turut menampilkan pelawak Achey, Cat Farish, Nor Albaniah dan Ruminah Sidek.
Hantu Wangan dijangka akan ditayangkan di seluruh negara pada tahun hadapan.



Sumber Risteena Sudah Ada Teman

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yw8R6j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.