Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Roboh Rumah: Azmin Tak Tahu Undang-Undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Roboh Rumah: Azmin Tak Tahu Undang-Undang

PUTRAJAYA – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak tahu undang-undang apabila menuding jari kepadanya berhubung isu meroboh tiga rumah dan dua rumah kedai di Subang pada Rabu lepas.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

“Kalau penguat kuasa (PBT) di bawah kementerian, saya sudah telefon jangan roboh, selesai dahulu masalah rumah penghuni.

“Walaupun ada arahan dari mahkamah untuk robohkan, tetapi kita tolonglah rakyat untuk selesaikan masalah, bukannya terus roboh lepas itu baru fikir bagaimana hendak beri rumah kepada penghuni,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Badan Pengurusan Strata di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata Noh yang sepatutnya menghalang kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu kerana tanah tersebut adalah milik kerajaan Persekutuan.

Noh berkata isu tersebut bukan soal pemilikan tanah tetapi mengenai pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja meroboh iaitu PBT.

Bagi meringankan beban 17 penghuni terbabit, katanya beliau telah memberi kelulusan segera supaya mereka dipindahkan ke rumah dan kedai baharu.

“Selasa ini (10 Okt) saya akan berikan kunci rumah dan kedai di tempat saya. Hendak harap kerajaan negeri, dia cakap saja…saya akan buat” katanya.

Noh bagaimanapun enggan mengulas mengenai rumah dan dan kedai yang bakal diberikan kepada penghuni tersebut dan akan memberitahu mengenainya semasa penyerahan kunci kelak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOgsJE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.