Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berharga RM463 sekilogram, beras termahal di dunia mula dijual di Singapura! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berharga RM463 sekilogram, beras termahal di dunia mula dijual di Singapura!

SINGAPURA – Beras paling mahal di dunia bakal dijual di pasaran Singapura tidak lama lagi iaitu negara pertama di luar Jepun, menurut laporan stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia.

 

Berharga RM463 sekilogram, beras termahal di dunia mula dijual di Singapura!

Berharga RM463 sekilogram, beras termahal di dunia mula dijual di Singapura!

 

Beras adunan Kinmemai Premium, dan disenaraikan pihak Guinness World Recordspada tahun lalu sebagai beras yang termahal di dunia, akan dijual pada harga sebanyak S$149 (kira-kira RM463) bagi setiap satu kilogram!

Produk tersebut boleh ditempah secara atas talian bermula dari 1 November menerusi laman www.kinmemai.com pada harga S$155 (RM481) bagi setiap kotak yang mengandungi enam paket beras seberat 140 gram setiap satu.

Produk tersebut dipasarkan sebagai lebih berperisa, lebih manis dan lebih berkhasiat berbanding beras jenis lain. Syarikat Toyo Rice Corporation menyatakan bahawa berasnya mengandungi lima jenis bijian yang diiktiraf.

 

Ia dituai di wilayah Gunma, Gifu, Kumamoto, Nagano dan Niigata di Jepun. Menurut syarikat berpangkalan di Wakayama itu lagi, bijirin padi dibiarkan matang selama enam bulan bagi mempertingkat tekstur dan rasanya.

Singapura muncul negara pertama menjual beras kelas premium itu. Sebelum ini jenis putih dan perang keluaran Toyo sudah dijual meluas di Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong, Taiwan, Britain, Perancis dan Sepanyol.

Syarikat yang sudah ditubuhkan sejak 1961 tersebut malah sudahpun memasarkan dua produk keluarannya iaitu Kinmemai Better White and Kinmemai Better Brown menerusi 12 rangkaian pasar raya utama di Singapura.

Untuk rekod, Kinmemai White Better White disarankan dijual pada harga runcit serendah S$9.40 (RM29.20) bagi setiap satu kilogram manakala Kinmemai Better Brown pula pada harga S$9.80 (RM30.40) setiap kilogram.

Menurut seorang jurucakap Kinmemai, Zaim Zahari, syarikat Toyo itu berharap Singapura akan menjadi batu loncatan untuk menembusi pasaran Asia Pasifik bermula Hong Kong tahun depan.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Berharga RM463 sekilogram, beras termahal di dunia mula dijual di Singapura!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fZueoZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.