Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Dulu, Novel Kemudian – Beto Kusyairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Dulu, Novel Kemudian – Beto Kusyairy

PELAKON Beto Kusyairy menjelaskan bahawa filem Bisik Pada Langit bukan filem yang diadaptasikan dari novel seperti yang disangkakan penonton. 

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 37, berkata novel itu ditulis selepas selesai penggambaran yang pada awalnya untuk siaran Astro pada tahun lalu.

“Ramai punyai tanggapan yang salah. Sebenarnya, naskhah #BisikPadaLangit ini bukan adaptasi dari novel tetapi sebaliknya.

“Penulis novel itu yang mengadaptasi skrip dan lakon layar naskhah ini setelah selesai penggambaran yang asalnya dibikin untuk siaran di Astro tahun lepas.

“Namun atas faktor pengisian yang positif, pihak penerbit dan produksi sepakat untuk mengangkatnya ke sinema yang hanya boleh ditayangkan kini.

“Maka ramai yang keliru dan menganggap BPL adaptasi novel kerana novel itu berada di pasaran lebih awal. Sekali lagi, BPL bukan adaptasi novel,” kata Beto.

Beto memuat naik status penjelasan tersebut di laman Twitter selepas ramai penonton yang keliru disebabkan novel tersebut berada di pasaran terlebih dahulu.

Selain Beto, filem tersebut juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson.

Filem arahan Khabir Bhatia ini mula ditayangkan pada 21 September lalu dan sehingga kini masih berada di pawagam selepas menerima sambutan yang hangat.

Dalam pada itu, menerusi entri terbaru di Instagram, Beto berterima kasih atas sokongan penonton yang meluangkan masa dan berbelanja untuk menonton filem tersebut di pawagam.
“Alhamdulilah, hari ini genaplah dua minggu #BisikPadaLangit berada di pawagam.

“Terima kasih kepada semua yang susah payah mencari masa dan berbelanja untuk menonton naskhan ini,” katanya.

The post Filem Dulu, Novel Kemudian – Beto Kusyairy appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6bcTV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.