Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu penagih biarkan lima anaknya hidup dalam timbunan sampah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu penagih biarkan lima anaknya hidup dalam timbunan sampah

KOTA BHARU, KELANTAN - Sayu dan sedih melihat nasib lima beradik yang tinggal dalam rumah yang tidak lagi kelihatan seperti rumah di mana ia penuh dengan sampah sarap, kerosakan di sana sini dan hidup dalam keadaan terabai, lapor Astro Awani.
Video yang dimuat naik oleh Vivi Sumanti sejak semalam itu di Kampung Paloh, Pintu Geng, berkata, makan minum tidak terurus, tidak berpakaian, tiga daripadanya tidak bersekolah dan lebih malang lagi ibu mereka seorang penagih dadah. 
Ibu mereka, Faridah Yaakob, berusia 34 tahun berasal dari Tawang, Bachok, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, malah ada ketikanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti khayal dalam dunianya sendiri. 
Menurut Faridah, dia sudah lama bercerai dengan suaminya dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak. Namun anak sulungnya berusia 13 tahun kini dijaga oleh bekas ibu mertuanya. 
Selebihnya anak yang berusia 11, 9, 6 tahun dan anak bongsu yang berusia 9 bulan bersama Faridah yang tidak dijaga dengan baik dan diabaikan begitu sehaja. 
Keadaan tempat tinggal mereka yang kotor dan busuk bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman. Difahamkan lima beradik itu hanya diberi pakaian yang ada, makan minum tidak menentu dan hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan. 
Faridah berkata, kesemua anak-anaknya yang mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas. Sehingga kini sewa bulanan RM300 masih dibayar oleh bekas suaminya. Malah bekas suaminya juga yang selalu datang setiap hari menghantar makanan untuk anak-anak mereka. 
Berdasarkan video, ternyata memang banyak sampah sarap di luar dan dalam rumah dua tingkat itu. Dengan keadaan dinding rumah yang berlubang dan retak, tandas yang rosak, tingkap yang pecah, jelas sekali mengundang pelbagai ancaman keselamatan pada anak-anak kecil itu. 
Justeru, Vivi Sumanti berharap, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana NGO yang tampil membantu si ibu dan lima anaknya ini dari terus hidup dalam keadaan yang daif ini. 


Sumber Ibu penagih biarkan lima anaknya hidup dalam timbunan sampah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2Qm6e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.