Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK akan pinda dua akta - Hamzah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK akan pinda dua akta - Hamzah

SELAMA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda beberapa peraturan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2014 dan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 pada persidangan Parlimen akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pindaan akta SKM itu bagi membolehkan koperasi terutamanya koperasi yang berada di peringkat bawahan dapat bersaing di dalam mahupun di luar negara.

"Kita mendapati ada koperasi yang berjaya di peringkat pertengahan malahan ada yang masih bergantung dengan bantuan SKM. Saya percaya dengan pindaan Akta SKM itu akan memberi peluang koperasi bersaing," katanya pada sidang media selepas menutup Tuisyen Rakyat@KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) di Sekolah Menengah Kebangsaan Redang Panjang di sini hari ini.

Hamzah berkata akta APD 2011 pula akan dipinda bagi menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.

"Ini kerana kementerian melihat sebagai contoh, ada bengkel kenderaan yang tidak dikawal terutama harga barangan alat ganti dan barang-barang yang dibawa masuk termasuk patung yang tidak dipastikan kualiti dan standard.

"Melalui penambahbaikan itu, barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat mempunyai standard yang setanding dengan yang dikeluarkan di luar negara," katanya.

-- BERNAMA



Sumber KPDNKK akan pinda dua akta - Hamzah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2821O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.