Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Beri Wang Atau Foto Peribadi Disebar” – Feeya Diugut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Beri Wang Atau Foto Peribadi Disebar” – Feeya Diugut

PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya Iskandar terkejut apabila menerima e-mel berbaur ugutan yang dipercayai daripada pengodam pada Rabu lalu.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cikpiah berkata pengodam dari Indonesia itu meminta dia membuat pemindahan wang sebanyak RM10 ribu dalam masa 24 jam.

Malah menurut Feeya, jika dia tidak melakukan pemindahan tersebut, individu itu akan menyebarkan koleksi gambar peribadi Feeya yang boleh didapati dengan menggodam telifon bimbitnya.

"Saya terkejut bila dapat e-mel pengodam Indonesia yang minta saya pindahkan duit sebanyak RM10 ribu menerusi akaun bitcoin dalam masa 24 jam.

"Kalau tak buat pemindahan itu, dia ugut akan sebarkan gambar peribadi saya yang dia dapat dengan mengodam telefon bimbit saya," kata Feeya.

Feeya ketika dihubungi  mengulas status yang dimuat naik di Instagramnya mengatakan ada pihak cuba menipu untuk mendapatkan kesenangan cepat. 

Menurut Feeya lagi, pada mulanya dia membiarkan sahaja e-mel tersebut kerana beranggapan perkara tersebut tidak serius.

Bagaimanapun, dia menerima e-mel dan ugutan yang sama pada keesokkan hari.
Bimbang dengan keselamatan dia telah membuat laporan polis.

"Pada mulanya saya tak ambil serius sangat perkara ini dan hanya membiarkan sahaja ugutan tersebut.

"Tapi keesokkan hari dan waktu yang sama, saya terima lagi e-mel ugutan yang sama.

"Sebabkan risau dengan keselamatan saya terus buat laporan polis dan kini mereka sedang menyiasat kes tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Feeya menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak sebarangan.

"Saya nasihat agar jangan mudah bagi maklumat peribadi kita kepada orang yang sebarangan. Sebab kita tak tahu apa niat orang itu.

"Sekarang ini macam-macam orang boleh buat sebab nak cepat kaya," katanya.



Sumber “Beri Wang Atau Foto Peribadi Disebar” – Feeya Diugut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yw8WXF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.