Hi! Welcome Back and Stay Tune! Catalonia tuntut kemerdekaan, Messi dan Barcelona akan bakal beraksi di EPL? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Catalonia tuntut kemerdekaan, Messi dan Barcelona akan bakal beraksi di EPL?

Catalonia tuntut kemerdekaan, Messi dan Barcelona akan bakal beraksi di EPL?

Catalonia tuntut kemerdekaan, Messi dan Barcelona akan bakal beraksi di EPL?

Nasib gergasi La Liga, Barcelona kini dalam keadaan tidak pasti berikutan kes menuntut hak kemerdekaan Catalonia menjadi sebuah negara sendiri daripada Sepanyol semakin memuncak.

Menurut kenyataan Menteri Sukan Catalonia, dia juga turut mencadangkan agar kelab-kelab yang berpangkalan di Catalonia beraksi di England, Perancis ataupun Itali.

Isu ini timbul selepas kerajaan Catalonia bercadang untuk memberi tekanan kepada kerajaan Sepanyol berkaitan tuntutan kemerdekaan dengan menyerahkan referendum pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, hasrat kerajaan Catalonia tersebut ditentang keras oleh kerajaan Sepanyol.

Pihak berkuasa Sepanyol minggu lalu telah menahan 14 orang pegawai kerajaan serta merampas kertas undi terdahulu setelah wujud kebimbingan terdapatnya penyelewengan.

Barcelona yang senada dengan pendirian rakyat Catalonia turut mengkritik penahanan dan rampasan oleh pihak berkuasa Sepanyol itu.

Presiden La Liga, Javier Tebas dengan lantang mengatakan bahawa tiga kelab Catalonia yang beraksi di La Liga sekarang iaitu Barcelona, Espanyol dan juga Girona tidak akan beraksi di dalam La Liga jika Catalonia merdeka.

Penyokong Barcelona mengibarkan bendara Catalonia

Kenyataan Tebas itu dipercayai bagi memberi tekanan kepada Catalonia agar menimbang nasib yang bakal dihadapi oleh kelab-kelab tersebut yang sudahpun menikmati pelbagai kejayaan di La Liga, terutamanya Barcelona.

Menteri Hal Ehwal Sukan Catalonia, Gerard Figueras berkata, perkara terbesar yang tidak diketahui kini ialah nasib yang akan menimpa kelab-kelab profesional.

“Di manakah kelab dari Catalan terutamanya Barcelona akan bersaing? Seluruh dunia sangat obses dengan isu ini sekarang.”

“Tidak ada jawapan yang pasti. Ada pihak yang telah bersuara mengatakan pelbagai jenis akibat, namun ia juga tidak tepat. Ini kerana saya percaya senario baru akan muncul, dan kita akan mulakan rundingan.”

“Jika Catalonia berjaya menuntut kemerdekaan, sudah tentu kelab dari Catalonia harus memikirkan bagaimana mereka akan meneruskan persaingan.”

“Ia boleh jadi terus beraksi di La Liga atau pun di negara-negara lain seperti Itali, Perancis atau pun ke EPL. Selepas kelab-kelab tersebut memutuskan di mana mereka mahu beraksi, maka kita akan memulakan rundingan yang saya maksudkan dengan persatuan dan badan-badan berkenaan dengan penganjuran liga di negara-negara berkenaan.”

 


Figueras bagaimanapun berkata, pengekalan Barcelona, Espanyol dan Girona di dalam La Liga adalah sesuatu yang wajar, selagi ia memenuhi keperluan semua pihak.

Walaupun  pendirian yang dikeluarkan Tebas agak tegas, Barcelona masih mempercayai bahawa mereka boleh kekal beraksi di La Liga tanpa mengira keputusan tuntutan kemerdekaan daripada Catalonia.

Seperti Real Madrid, Barcelona juga adalah sebuah kelab yang telah menaikkan publisiti dan nilai komersial serta kewangan La Liga. Justeru, tindakan seperti menyingkirkan Barcelona dari La Liga bukanlah satu pilihan yang bijak.

“Untuk isu ini, bukan hanya pendapat Tebas yang harus diambilkira. Tebas harus terlebih dulu perlu merujuk kepada jawatankuasa sedia ada, mendapatkan pendapat kelab-kelab lain di La Liga, dan juga mengambil kira segala faktor lain seperti kontrak dan perihal ekonomi.”

Pengekalan Barcelona di La Liga tidak dianggap melanggar peraturan kerana ketika ini, sebuah kelab di Andorra turut beraksi di dalam salah satu peringkat piramid bola sepak di Sepanyol.

Kelab berlainan negara beraksi di liga asing bukanlah sesuatu perkara yang baru di Eropah. Contoh terbaik adalah kelab As Monaco yang berpangkalan di Monaco kini beraksi di Ligue 1, Perancis, manakala kelab dari Wales, Swansea bersaing di EPL.

Jika Barcelona memilih untuk menyertai EPL dan dibenarkan FA England, sudah tentu saingan merebut Juara EPL akan bertambah sengit untuk kelab-kelab dominan seperti Liverpool, Arsenal, Chelsea, Mancherster City, Tottenham Hostpur atau pun Mancherster United.

Sumber : ESPN FC ASIA

Sumber: SK



Sumber Catalonia tuntut kemerdekaan, Messi dan Barcelona akan bakal beraksi di EPL?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fI3YPC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.